Assalamualaikum...
tetiba rindu zaman my childhood. jadi tercoret di wall facebook today. kita share dekat belog jugaklah.
dua puluh tujuh tahun lepas, pada waktu dan saat sebegini, ketika aku berumur sepuluh tahun, kedua-dua belah tangan kemas menjinjit dua buah bakul raga yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kuih-muih. ada kuih karipap, kuih kuaci, tepung bungkus, kuih bengkang, bingka ubi, cek mek molek dan juga kuih lompat tikam. my mom (ma) yang menyuruh aku berbuat demikian. maka berlenggang-lenggoklah aku di sepanjang kawasan kejiranan sambil menahan peritnya sinar mentari yang tidak punya sedikit pun rasa belas kasihan terhadapku.
* air mata mula menitis
okay sambung.
jika tidak bersama abang Yusram Yusof, aku pergi berjualan bersama adik lelaki, Nizam My atau Edy MY. namun kebiasaannya, aku cuma pergi seorang diri. rasa malu tiada sesekali. kerana imbuhan yang menanti, hujung minggu ke jerantut atau mentakab destinasi yang akan ditujui. kerana ma sudah berjanji. dan dia pasti akan tepati.
Assalamualaikum salam diberi. di setiap rumah yang aku singgahi. kalau ke rumah jiran berketurunan india pula, aku panggil aci, aci buka pintu. eh! taklah. panggil aci aje. aci dan uncle maniam. semua pun kawan-kawan ma. dari rumah aku di hadapan landasan keretapi di kuala krau, menuju ke rumah pok cik loh, mok cik imah, pok cik mat, kak Qissra Ct, Siti Nurulhuda Muhammat, Noor Adamikhail, ingatkah?, rumah kak j, kawasan rumah guru sek keb kuala krau, rumah kak hasnah isteri tuan guru besar pada ketika itu, arwah cikgu harun. ke rumah cikgu amran. cikgu tarmizi. Line Hashim, kamu ingatkah? naik ke kawasan rumah quaters jabatan perhutanan. dulu-dulu depa panggil, rumah "poreh". pastu baru aku tahu, "poreh" itu "forest". hiks! singgah ke rumah pian, kak Nor Azawanie, rumah kak long Zurina Fuad, Norazlina Fuad pastu ke rumah Hisham Hashim, Mohd Saffuan Hashim. arwah mok cik normah dan kak Rohaya Abdullah memang baik melayan aku. terima kasih! naik ke kawasan rumah ustaz poreh. kak Junaidah Abd Mutalib, Kenangan Semalam masih ingatkah?
menyusuri langkah ke quaters keretapi, rumah mok cik ani, Norsuhana Sue & Siti Fatimah Mohamad masihkah kau ingat? selepas itu ke rumah arah. turun bukit ke rumah kak ngo (my tailor selain arwah mok cik normah, emak hisham). setelah itu aku jelajahi rumah-rumah quaters di klinik kesihatan kecil kuala krau. kak Ros Abidah ingatkah? wati ingat akak pernah beli nasi kerabu dan nasi lemak masa wati pergi rumah akak pada hari sabtu. wati adore kakak sebab akak ni kecil molek, sangat cantik dan cerdik orangnya.
selepas itu, singgah di beberapa buah rumah lagi sehingga ke rumah quaters keretapi yang terletak paling hujung sekali. ke rumah pok cik pa, rumah mandor junuh, rumah master (ketua stesen keretapi), rumoh pok cik him dan beberapa buah rumah lagi (tak ingat nama dah), sehinggalah sampai ke rumah aku kembali. seingat aku juga, aku pernah berjalan kaki sehingga ke rumah quaters guru sek. men. kuala krau. aku buat kerja macam ini sampai umur 12 tahun. masa tu orang semua baik-baik saja. Alhamdulillah. Allah jaga. Allah lindungi. tidak pernah terjadi perkara yang tidak diduga.
Alhamdulillah, setiap kali jualan, semua laku keras. hiks! ada jugak masanya tidak habis. ma bawak pulak pergi surau ktm yang terletak di atas bukit. arwah my abah, mat yusof bin omar yang jadi tok imam pada masa tu.
ah! mengimbau kenangan pula petang- petang begini. kenangan yang tak mampu berulang kembali. oh how I missed my childhood!
senarai nama yang aku mentioned kat post ni merupakan sahabat aku pada zaman childhood. Alhamdulillah. masih berhubung baik sehingga ke hari ini. ukhwah yang terjalin dari kecil sehingga dewasa didoakan akan terus berpanjangan buat selama-lamanya. Insya Allah.
azan asar telah berkumandang tu. jomlah kita. let's!
rindu!
No comments:
Post a Comment