Thursday, July 21, 2016

Dapur Cik Wati

Assalamualaikum,

Tak reti pulak nak letak tajuk post kali ni. Hiks. Sakit pinggang actually. Tetapi Cik Wati berdegil jugak nak masak-masak sebab kawan-kawan my kids nak datang beraya. Takkan nak jamu kuih raya dan sirap semata-mata. Memang taklah. Kan?

So kita gagahkan diri. Start pukul 9 pagi tadi, (kacang goreng dah settle malam tadi) sampailah sekarang. Baru boleh baring dan rehat. Nak update belog dulu sebelum lena berdengkur jap lagi. Ahahaha. Jangan tak percaya. Kita memang tidur berdengkur pun. Nak-nak kalau letih yang melampau gitu. Layankan aje. Hiks!

Hari ni kita pilih menu Nasi Himpit dan Kuah Kacang, Spaghetti Bolognese, Kek Batik, Air Anggur brand Sunquick dan Air Sirap. Kuih raya sikit. Cukuplah tu kot.

Pastu belah malam ada adik kawan sekolah kita dulu nak datang beraya. Thanks Cik Siti dan kawannya Ina yang sudi datang ke rumah kita tadi. 😍 "Berjuruh" sangat orangnya. Nampak kita dari jauh mari datang bersalam. Hari tu ada jumpa kat luar. Kita suka orang bersopan gini. Tenang je rasa hati.

Ni tengah dok tunggu Nur iron baju sekolah dia. Memang bebudak ni iron baju sendiri sejak mereka darjah 5 lagi. Senang kerja Ummi. Jap lagi dia dah janji nak urut pinggang Ummi. Adoi. Seksanya menahan derita sakit pinggang ni. Malas nak ajar sangat makan pain killer tu. Celebrexlah. Neurobianlah. Adeh!

😭😭😭

1 comment:

Anonymous said...

Nampak yummy sgt makanan2 tu..

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...