Tuesday, November 08, 2016

Erti Sejati

Peritnya berada di dalam kondisi
Dilayan hina sebegini
Waktu suka direbut dan dibelai
Tatkala benci
Campak saja sesuka hati
Sesedap rasa aku kau khianati.

Aku tidak bijak seperti kau yang bertuah
Selalu salah memilih langkah
Tiada arah pula untuk diredah
Menanti masa sahaja untuk rebah.

Layaknya aku seumpama sampah
Dibuangnya pula bersepah-sepah
Terbiar kaku tidak dikisah
Tidak dipeduli tidak diendah
Hanya diperlukan ketika susah.

Namun aku juga punya hati
Ada rasa dan kemahuan untuk dituruti
Biarlah untuk sekali ini
Aku pergi demi diri sendiri
Agar kau dapat mengerti
Serta memahami apa itu erti sejati.

Entah
Aku pasrah
Terus dibuai perasaan yang meresah.

Punah ranah.

Dan berkesudahannya aku parah.
Kesudahan aku parah.

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...