Wednesday, November 01, 2017

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Quick update abang Cik Wati hari ini, Syukur Alhamdulillah keadaan abang stabil so far. Bengkak sudah kurang dan esok jika abang terus stabil, doktor akan buat coiling untuk menutup salur darah yang bocor.

Pagi tadi abang mengalirkan air mata, isteri tercinta (yang menunggu penuh setia dan sabar dekat hospital sejak abang warded), sapukannya dengan penuh kasih sayang. (untuk info, abang masih belum sedar)

Keep on fighting 💪 Abe. Just hang on in there 🤗. Abe kuat. Kuatkan semangat Abe okay? Ramai ni saudara-mara dan sahabat yang baik budi tak putus-putus mendoakan kesembuhan Abe. Hantar mesej dan telefon Wati untuk bertanyakan khabar abang hampir setiap hari tanpa culas pun. Semua sayangkan Abe. Semuanya tak sabar-sabar nak tunggu dan tengok Abe pulih dan sihat seperti sediakala.

Terima kasih. Buat kalian yang tak jemu-jemu mendoakan abang. Kalian anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk abang dan kami sekeluarga.

Terima kasih.

No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...