Skip to main content

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Quick update kondisi abang yusram,

Syukur Alhamdulillah, abang stabil sekarang. Doktor akan memantau dahulu keadaan abang untuk 2 ke 3 hari ini dan tiada apa-apa procedure lagi akan dilakukan terhadap abang pada masa yang  terdekat.

Keep praying for him ya? Terima kasih di atas kiriman doa-doa kalian yang tak putus- putus untuk abang.

  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

*👇 Video ini wati record pada hari jumaat minggu lepas (27.10.2017). Masa ni abang masih okay. Nampak sihat molek. Selera makan pun sudah baik. Boleh berbual, tersenyum ceria dengan saudara dan sahabat yang tak putus-putus datang melawat. Abang sakit semula sejak maghrib, sabtu yang lepas (28.10.2017). Kemudian pengsan pada awal pagi (29.10.2017) dan terus tidak sedar sehingga ke hari ini.

Wati rindukan abe. Abe dah tak boleh pegang tangan wati macam ni dah. Tangan abang duduk diam sahaja dah tak boleh bergerak dah. Kaku. Sejuk. Tak hangat dan panas lagi.

Abe, kuat semangat deh? Esok Wati datang melawat abe lagi. Lepas ni Wati tak boleh selalu nak pergi jumpa Abe sebab anak Wati, Adib nak SPM dah. Wati minta maaf banyak-banyak deh Abe? Abe kuat deh? Insya Allah. Allah pulihkan Abe kembali.

Wati sayang Abe banyak-banyak. Abe pun dah sedia tahu. Kan?

Comments

Popular posts from this blog

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...
15.9.2014
Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.
Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.
Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.
Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma y…

SAVE BABY TAQHIF

Assalamualaikum...

Mohon share dan bantuan tuan puan yang budiman. Baby Taqhif merupakan bayi yang berusia 9 hari dan anak kepada my friend, Sariza Omar. Beliau memerlukan RM50K ASAP untuk membiayai operasi pembedahan kerana komplikasi jantung yang dialami oleh anaknya. Facebook beliau, Chik Eiza dan page Taqhif, Save Baby Taqhif.
Doakan Baby Taqhif sembuh dan dapat membesar dengan sihat. Pertolongan dan bantuan yang tuan puan berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Saya tidak mendapat sebarang faedah di dalam perkara ini. Niat cuma membantu kawan sahaja. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik tuan puan sekalian.
Terima kasih.
Eiza & suami, bertabahlah. Be strong for Baby Taqhif. Ini ujian Allah kepada kalian berdua. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya Allah, Allah akan menyelamatkan Baby Taqhif.