Saturday, November 04, 2017

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Quick update for today;

Syukur Alhamdulillah, keadaan abang masih stabil. Bagaimanapun, abang masih belum sedar dan doktor akan cuba untuk mengurangkan dos ubat tidurnya sedikit demi sedikit. Sekarang, abang bergantung pada alat bantuan pernafasan (ventilator machine) sebanyak 80%. Selebihnya, melalui paru-paru abang sendiri.

Mohon doa berterusan dari kalian. Terima kasih banyak-banyak buat saudara-mara dan sahabat taulan yang datang bertandang. Sekurang-kurangnya kalian merasa apa yang sedang kami tanggung kini. Reda rasa di dalam hati dapat berkongsi saat-saat sukar ini bersama kalian. Terima kasih sudi bersusah senang bersama-sama.

Abe kuat semangat okay? Kami semua mendoakan Abe. Sayangkan Abe. Bertahan. Just hang on in there. Keep on fighting 💪. Bak kata my best friend, Emy Omar, setiap penyakit ada penawarnya. Insya Allah. Insya Allah.

No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...