Saturday, March 31, 2018

Syafakallah Abang

Inside and out, you're perfect to me.

I love you for all that you are, all that you have been, and all you're yet to be. I love you Abe. Always💕

Friday, March 16, 2018

SPM 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Abe,

This is a special gift for you.

Sedang Adib gigih duduk bergelut menghadapi kertas-kertas peperiksaan SPM di dalam dewan sekolah, Abe pula tidak kurang ujiannya juga. Terbaring kaku berjuang dan bertarung nyawa di dalam bilik ICU, Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Kebiasaannya apabila anak-anak Wati menduduki peperiksaan, Abe akan bersolat hajat dan mendoakan kejayaan mereka. Selepas tu apabila sudah mendapat tahu keputusannya pula, Abe akan menyebut, Hebat Muhammad Adib! Hebat Nur Nisriina! Hebat anak-anak Pak Teh ni! Agaknyalah kali ini pun, Abe turut mendoakan Adib juga iya Abe? Terima kasih Abe!

Adib & his debate's team akan menyertai pertandingan di Peringkat Pusat, Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (Masisupa Zon 3) kali ke 34, 2018 di Kuala Lipis pada hari esok, 17.3.2018 sehingga 20.3.2018. Abe doakan Adib kali ini juga iya? Kali ini Adib mewakili Debat Terbuka Tinggi (Bahasa Inggeris). Pada tahun lepas, Adib & his debate's team menjuarai kategori ini di Kulliah Al-Lughah, Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan bagi Debat Terbuka Menengah (Bahasa Inggeris).

Terima kasih banyak-banyak di atas kiriman ucapan tahniah daripada kalian. Adib sampaikan salam hormat buat semua yang sudi mendoakan kejayaannya. Baik sungguh hati budi kalian. Buat yang telah menelefon, menghantar mesej di WhatsApp, di Instagram, juga di Facebook. Cik Wati amat menghargainya sekali. Terharu dan gembira membaca semua ucapan tahniah buat anak bujang Cik Wati ni. Adib pun agak terkejut dengan keputusan ini memandangkan semasa peperiksaan percubaan Adib hanya mendapat 2A-. Namun kami yakinkan yang dia boleh dan jangan cepat berputus asa. Kena study hard but stay smart. Allahu. Syukur Alhamdulillah. Tidak terkata gembiranya kami melihat keputusan ini. Bermakna kerja keras dia dah paid off! Itu yang kami nak tengok. Boleh. Cuba. Yakin. Tawakal. InshaAllah. Dapat. Allah beri. Allah bantu kepada hamba-Nya yang sering meminta. Allah tolong apabila kita sudah mencuba sedaya upaya. InshaAllah.

Abe pun kuatkan semangat tau? Kami doakan Abe cepat-cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan normal as before. Kami sayang Abe banyak-banyak. Insha Allah, bila Adib dah balik dari Kuala Lipis, kami pergi melawat Abe deh? Miss you badly Abe. Allah saja yang tahu apa rasa yang bergelodak di dalam kalbu. Tentu-tentu saja aku begitu rindukan kamu. Sememangnya harus begitu. Kak Shikin, terima kasih banyak-banyak kerana taat setia menjaga Abe selama ini. Juga terima kasih buat Paksu (adik Kak Shikin). Tidak terbalas budi baik Kakak dan Paksu. Allah sahaja yang dapat membalasnya nanti. Di saat kami adik-beradik yang cuma dapat datang melawat saban minggu, kadangnya pula tidak menentu waktu. Kakak tetap juga ada di situ. Menemani siang dan malamnya tanpa ada rasa jemu. Terima kasih Kakak! Love you. Selalu.

Abe,

The regret of my life is that I have not said 'I love you' often enough. Peluk cium sikit deh Abe🤗😘. Ada rezeki dan umur panjang, kita jumpa lagi iya?

Friday, March 02, 2018

Sanah Helwah Sayang

"A true friend is someone who will always love you — the imperfect, the confused, the wrong you — because that is what people are supposed to do."

For years, I have known you and loved what you bring to my life. I hope for years to come, it remains the same. You are my best friend! Happy birthday!

26th year of friendship and still counting. I love you so much Juana.

"The best mirror is an old friend."
George Herbert

Saturday, February 24, 2018

Syafakallah Abang

Let Me Love You. Stella Jang.

The day I thought was destiny
Was actually the end, as if it was laughing at me
In between the cut off film
The period mark was deeply set

Like being blind from longing
Everything looks dark
I thought I’d be fine
If a few seasons passed

Come let me love you
I believe
That this story isn’t over
I can’t go back to before knowing you
So that’s all I could do
If I’m still not a complete stranger to you
Before my tears dry up
Will you come to me?
Come to me

Come let me love you
I believe
That this story isn’t over
I can’t go back to before knowing you
So that’s all I could do
The price of loving the dream-like you
Even if endless tears fall
The more time passes, like a lie
It was all love

Nothing without you
I know
I can’t ever love again
Like the times of endless sadness
Come to me as my lover again

Come love me again
I’ve gone around time
Standing on that spring day
This story still isn’t over for me
If you’re by my side
Come to me

Friday, February 09, 2018

Havana Cik Wati

Selalunya Cik Wati lah yang berbaring dengan Mr. Hubby atas tilam tu sesambil menonton television. Atau duduk bersembang dengannya. Havana dah pandai nak take over pulak dah ha! Mula-mula dia duduk di tepi pintu. Lepas tu injak masuk sikit melepak duduk di tepi tilam. Eh! Bila Mr. Hubby biarkan, naik lemak dia ye naik duduk atas tilam pulak dah. Siap selpie dengan Mr. Hubby lagi. Dia hantar WhatsApp to me sebab kami semua duduk di tingkat atas dah malam tadi. Nak dekat pukul 11.00 malam camtu. Tak boleh biar lagu ni. Tak boleh jadi ni 😅. Bila Abang Adib nak pegang kepala dia, dia mengiau-ngiau sambil menepis tangan. Nak mencakar. Nak menggigit tangan Abang Adib. Buat muka seposen dia dekat kami. Buat derk aje camtu. Lagilah mengada-ngada bila Mr. Hubby dok belai² dia. Makinlah dia duduk menempel manja. Diam-diam ada hati nak caras Cik Wati iya?🙄 Berani awak eh?

Tak tahu bila dia nak bersalin tu. Perutnya sudah semakin membesar. Sendat dan ketat molek doh.  Comel aje tengok dia gemuk camtu😅. Kalau berjalan, terkedek-kedek aje dia😂. Ikan Sardine atau Ikan Selayang sebanyak 6 ekor wajib dah tu setiap hari. Atau pun kami beri makan Ayam Goreng. Campur dengan nasi siap Cik Wati asingkan isi dan tulang lagi. Takut Havana tercekik pulak. Kesian kalau dia tercekik tulang gak.

Pantang orang buka pintu terus aje berlari masuk ke dalam rumah. Dah pandai naik tangga ke tingkat atas jugak. Duduk melepak dalam bilik Kakak Nur. Setiap kali Abang Adib nak bawa dia keluar rumah, terus dia baringkan badan di atas lantai. Buat beratkan badan bila orang angkat. Kalau pimpin bawa dia keluar rumah, kaki pun dia tak mahu angkat😂  So far tak pernah "kena kencing" dengannya lagi. Even "membuang" merata ceruk rumah. Tapi bau hadapan garaj rumah dah berbau badan dialah semata😒🙄.

Pejam celik dah dekat 2 bulan dah Havana bertunggu-tangga dekat rumah kami. Sejak pertama kali dia datang pada 22.12.2017 yang lepas. Kalau kucing dah nak bersalinkan, cemana eh tanda-tanda yang dia bagi? Cik Wati nervous ni😬

Saturday, February 03, 2018

Syafakallah Abang

Jujur, sungguh aku sememangnya memahami
Juga sedar dan sedia benar memaklumi
Bahawa derita yang sedang kau tanggung kini
Tidaklah seberat bahumu sendiri
Yang memikul segala perit serta peri
Mata-mata yang banyak duduk memerhati
Hanya mampu menoleh lantas memandang sepi.

Bertabahlah jiwa raga dan sanubari
Allah juga pengatur semuanya ini
Terus kuatkan semangat jati diri
Janganlah pula sesekali terlintas di nurani
Bahawasanya DIA tidak mengendahkanmu lagi.

Ujian yang Allah beri dan titipkan ini
Tandanya diri kau masih disayangi
Dinilainya pula dari segenap segi
Walau tubuh terbaring kaku sebegini
Walau tiada sebaris kata di bibir yang meniti
Semoganya kau akan sembuh kembali
Harapannya kau bangkit dan pulihkan diri
Seperti yang dulunya kami kenali
Serupa sejak dari azali.

InshaAllah, dengan izin-Nya duhai kekasih hati
Kami akan kekal menunggu dan setia menanti
Terus-terusan berdoa tanpa adanya henti
Meminta belas mohon untuk dikasihani
Buat kamu seorang lelaki nan berperibadi suci.

Rindu yang sarat dan kian melarat
Serasanya ah! semakin memberat
Sesaknya tidak terbayang
Semakin hari cuma buat aku semakin sayang
Tidak terhitung betapa banyaknya
Betapa kian menggunung hebatnya.

I wonder if you miss me as much as I miss you
Because I miss your everything my darling
Buah hati Cik Wati yang seorang ini
I Love you. Selalu. Tiada ragu.
Infinity. Begitu.

Kerana tiada yang lain bisa untuk jadi pengganti.

Even though we are miles apart, you are still a very important part of who I am. The distance means nothing. You still matter in my life.

InshaAllah, ada umur panjang kita bertemu lagi deh? Until we meet again, I will miss you Abe. I'm looking forward to see you soon. This I promise you.

Syafakallah Abe!

  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

Friday, January 26, 2018

Syafakallah Abang

اَلسَلامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اَللهِ ÙˆَبَرَكاتُÙ‡ُ‎
Dear families and friends,

Syukur Alhamdulillah, setelah 3 bulan warded di Hospital Sungai Buloh, Abang Yusram sudah boleh discaj dari wad dan pulang ke rumahnya pada pukul 5.00 petang tadi.
Kondisi Abang masih sama seperti ketika berada di hospital. Tidak boleh bercakap mahupun bergerak. Harapannya semoga Abang sedar dan pulih kembali seperti sediakala. Keep praying for him guys. Ternyata itu yang Abang benar-benar perlukan kini. Terima kasih banyak-banyak di atas kiriman doa-doa kalian selama Abang terlantar sakit. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam proses penyembuhan Abang semula. Semua di atas izin-Nya juga. InshaAllah. InshaAllah.

  لاَّ Ø¥ِÙ„َـهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َنتَ سُبْØ­َـنَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ الظَّـلِÙ…ِينَ
“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)
***Pakteh, sorry banyak² tau. Makcik tak dapat nak jenguk Pakteh minggu ni. Anak² Makcik banyak homework & dah mula nak menghafaz Quran. Abang Adib nak ambil STAM tahun ni. Kakak Nur pula ada exam SMA. InshaAllah. Nanti Makcik curi² masa bila² nak ziarah Pakteh okay. I love you. Rindu sangat² doh ni tau? Tak dok aroh doh hati ni nok g jupo Pakteh gak. Kuat semangat okay? Semoga Pakteh cepat² sembuh. Syafakallah Pakteh 

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...