Tuesday, December 31, 2013

Temerloh To Guangzhou

Assalamualaikum...

3.12.2013

Bertolak dari rumah ke Kuala Lumpur at 2.00 p.m. Singgah makan di Restoran Al-Amin Food Corner yang terletak di Greenwood, Gombak. Makan Lamb & Chicken Mandi today. Air Teh 'O'nya sangat sedap sekali. I minum hampir tiga cawan okey! Tak tipu. Memang sedap. Betul. Sumpah sedap!

Alhamdulillah. Kenyang sudah. Kami meneruskan perjalanan terus ke LCCT, Sepang. Flight ke Guangzhou at 8.40 p.m. Hujan semasa mahu menaiki pesawat. Hati bimbang, kacau dan risau. Namun Alhamdulillah, cuaca molek saja di atas langit sana.

4.12.13

Selamat mendarat di Baiyun International Airport, Guangzhou lebih kurang at 1.00 a.m. Selesai urusan mengisi borang, mengambil bagasi segala, kawan Mr. Hubby sedia menanti dengan sebuah van. Kami dibawa ke Hotel Clivia. Kami menginap di sini selama berada di Guangzhou. Hotel ini mesra muslim. Pemilik hotel memang sangat "kamceng" dengan kawan Mr. Hubby. Sebelum ini pun Mr. Hubby pernah menginap di sini (awal tahun ini) dan kebetulan biliknya adalah bilik yang sama dia duduki dahulu. Okey. Siap bersolat jamak Isyak dan Maghrib, kami pun masuk tidur. Itu pun hampir jam 3.00 pagi. Namun penat tidak berasa sama sekali.

Kami keluar bilik jam 9.00 pagi. Naik train at Guangzhou Metro yang terletak berhampiran Hotel Clivia. Kemudian berjalan kaki lagi menuju ke Madina Restaurant untuk brunch. Ada Nasi Beriani yang super duper yummy di sini. Selesai mengisi perut, kami berjalan-jalan di Zhan Xi Lu. Kami banyak menghabiskan masa dengan berjalan kaki sahaja ke sana sini kerana kawasan tumpuan untuk bershopping terletak berdekatan cuma. Kawasan sekitar ini menjual watches, clothes and shoes. Orang ramai berpusu-pusu datang entah dari ceruk mana. Tiada satu tempat pun yang sunyi. Semakin hari meninggi, semakin ramai manusia yang menunjukkan diri.

Sekitar jam 4.00 petang, kami pulang ke bilik hotel dengan menaiki teksi untuk bersolat jamak dan berehat. Keluar semula untuk dinner around 7.00 p.m. Menaiki train menuju ke Abdullah Restaurant. Dinner di sini. Lauk sedap. Boleh je tekak terima. No problem at all. Sesudah makan, kami ke African Night Market pula. Dalam dua jam di sini, kami pun pulang ke bilik hotel dengan menaiki tuk-tuk. Laju motor mamat Pakistan tu bawa. Merempit. Laju giler!

Dah masuk bilik. Mandi. Sebelum keluar dinner tadi dah bersolat jamak Maghrib dan Isyak. Waktu Maghrib masuk at 6.00 p.m. Siap mandi, masuk tidurlah kita. Membetulkan segala urat. Penat berjalan-jalan seharian.

5.12.13

Kami ke China Fabric & Accessories Center at Zhongda dengan menaiki van. Syurga kain uols! Tapi I tak rambang mata pun. Pilih mana yang berkenan saja. Tak perlu pening-pening pilih kain coz kain china silk yang Hubby beli sebelum ini belum dihantar ke tailor lagi. So tak payah nak perhabis duit lagi shopping di sini iye?

Dari Zhongda, kami ke Nantian International Facility Trading Center. Di sini ada menjual bedding & kitchenware. I shopping cadar 3D di sini. Awesome you!

Siap bershopping cadar, langsung kami ke Khaled Restaurant untuk lunch. I makan Mee Tarik w Beef Black Pepper. Oh sangat sedap! Minum pula of course Teh Cina. Kemudian sambung berjalan kaki ke Xin Wen Yuan International Digital Plaza yang terletak berhampiran. Siap shopping here, kami dok pekena Satey Kambing yang dijual berdekatan. Oh rasanya sangat-sangat-sangatlah sedap. Masa menulis sekarang pun I dok telan air liur dok ingat akan rasanya. Ah! Tak boleh jadi ni. Terliurnya nak makan lagi. Aduh!

Okey. Siap makan Satey Kambing, driver van datang menjemput kami. Terus dibawa pulang ke Hotel Clivia. Di sebelah malam, kami menaiki teksi menuju ke Yousof Restaurant untuk dinner pula. Sesudah makan, kami berjalan kaki menuju ke Shangxiajiu Plaza. So happening here uols! Rasa tak mahu balik dah. Acaner? Best sangat shopping kat sini tau! Dalam dua jam kami di sini, tibalah masa untuk pulang. Naik tuk-tuk lagi malam ni. Merempitlah kita. Vroooooooommmmm...

Masuk bilik. Mandi dan berehat puas-puas!

6.12.13

Naik train Guangzhou Metro menuju ke Abdullah Restaurant untuk brunch. Sedapnya semua lauk! Makan bertambah aje. Hiks!

Sesudah perut kenyang, kami berjalan kaki ke Baiyun World Leather Trade Center at San Yuan Li. I tak shopping pun. Melihat-lihat saja. I suka barang ori. Tak pernah pakai yang tiruan. Dari sini, kami ke Sa'ad Bin Abi Waqqas Mosque. Kaum lelaki sempat bersolat Jumaat di sini. Seronok melihat mereka beramai-ramai solat Jumaat. Bercampur pelbagai manusia daripada pelbagai bangsa dan warna kulit. Ramai juga orang Pakistan dan African di sini. Siap ada African Night Market lagi kau! Hah! Bayangkanlah sahaja berapa ramai tu!

Okey. Setelah selesai bersolat jamak Zohor dan Asar di sini, kami terus ke kawasan berhampiran iaitu terdapatnya sebuah pasar di mana semua peniaga terdiri daripada orang Islam. Menjual pelbagai jenis makanan. Satu sahaja yang I tak tahan (bukan mahu mengeji tetapi tidak sampai hati), beggar terlalu ramai di Kota Guangzhou ini. Jika normal tidak mengapa. Akan tetapi mereka terdiri dari golongan yang cacat anggota tubuh serba-serbi! Mana yang kudung tangan, kudung kaki, pinggang yang senget, muka yang cacat itu dan ini. Ya Allah! Bukan niat mahu mengeji. Tidak sama sekali. Takutnya sebab jika tidak diberi wang, mereka memaksa juga untuk memberi. Jika diberi, berkerumun yang datang pula nanti. Aduh kasihannya mereka ini!

Dari sini kami menaiki van menuju ke One Link Plaza. Tempat tersohor untuk bershopping lagi. Tapi I budget. Beli apa yang perlu sahaja. Walau hati menjerit gila mahu habiskan duit yang ada. Satu aje bila datang ke Guangzhou. Persiapkan yuannya sahaja. Gila. Memang gila kat sini. Gila bershopping. Tapi I baik. I cuba control diri. Tidak mahu botakkan kepala suami. Hiks!

Pulang ke Hotel Clivia apabila jam menginjak ke 6.00 p.m. Sebelah malam dinner di Shahkaser Restaurant. Restaurant terletak di sebelah hotel sahaja.

7.12.13

Kami ke Xin Wen Yuan International Digital Plaza lagi. Sambung shopping sedikit barang. Kemudiannya menaiki van menuju ke Madina Restaurant. Pekena Nasi Beriani once again. Walawei! Super awesome!  Alhamdulillah. Kenyang makan Beriani Ayam dan Beriani Daging.

Seterusnya kami berjalan kaki ke Zhan Xi Lu. Kita sambung bershopping di sini. Perkataan "bershopping" tu macam gempak jew! Macam lebat jew! Tak adalah bershopping mana. Adalah membeli serba sedikit. Yang termampu. Tak ada istilah boros pun. Beli barang yang murah-murah saja harganya.

Siap bershopping, sebelum pulang ke Hotel Clivia dengan menaiki sebuah van, kami lepak makan Satey Kambing lagi. Masuk ke bilik, mandi, berehat dan bersolat.

Di sebelah malam, kami menaiki train di Guangzhou Metro dan berjalan kaki ke Beijing Lu dan Pearl River. Mengambil gambar buat kenangan dan seterusnya menaiki teksi menuju ke African Night Market. Kami picnic di bawah pokok malam ni. Dinner Ikan Talapia Bakar, Ayam Bakar, Sayur Bakar (Kobis, Brokoli dan Terung), dan pelbagai makanan halal yang dibeli di Pasar Malam. Heaven. Sangat! Makan bertambah sebab rasa kesemua makanan sungguh enak dan lazat! Bila perut sudah kenyang, kami pulang ke Hotel Clivia menaiki teksi.

8.12.13

Kami ke Five Goats Statue yang terletak berdekatan Hotel Clivia. Tugu 5 ekor Kambing di atas bukit. Singgah sebentar mengambil gambar. Kemudiannya ke Hualin Jade Street. Iols cari jade uols! Oh! Gilalah datang sini. Kalau uols nak datang, bawa duit banyak-banyak okey?!

Dari Hualin Jade Street, kami ke Shangxiajiu Plaza sekali lagi. Shopping untuk kali yang terakhir. Oh sedih! Dah nak balik Malaysia dah!

Balik ke Hotel Clivia, kami lunch di Shahkaser Restaurant. Yes! Makanan semua enak bangat! Makan bertambah lagi. Ooops!

Sesudah lunch, Hubby ke Xin Wen Yuan International Digital Plaza. Hunting sedikit barang lagi dan tapau Satey Kambing untuk dibawa pulang ke rumah. Oh yeah! Best sangat!

Jam 5.30 petang, kami menuju ke Baiyun International Airport. Alhamdulillah, settle urusan bagasi dan terbang pulang ke Malaysia jam 9.30 p.m. Tiba di LCCT Sepang jam 1.30 a.m. Selesai urusan immigration dan kastam hampir jam 2.30 a.m.

Terima kasih Mr. Hubby. Bawa Ummi dan Honey berjalan-jalan makan angin di Guangzhou. Ummi tak akan lupa kenangan kita sepanjang berada di sana.

I love you. I love you, Abang!

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...