Showing posts with label MEMBEBEL. Show all posts
Showing posts with label MEMBEBEL. Show all posts

Tuesday, July 24, 2018

Keliru


Kalau sayang,
Zahirkan perasaan.
Usah diragu, usah disimpan.

Kalau rindu, beritahu.
Supaya rasa tidak terkeliru,
Hidup seringkali bercelaru.

Kalau benci,
Jangan dikecilkan hati,
Maafkan sahaja dan usah diungkitkan lagi.



Luahkan segalanya,
Dipendam jangan sesekali.
Kelak kamu merana diri.
Mengharap cuma pada yang tak sudi.

Wednesday, November 15, 2017

Senja Yang Suram

Alam sudah semakin kelam,
senja kembali meniti suram,
semuram aku yang tidak lagi aman tenteram.
Ibaratnya lemas jatuh terselam,
Tenggelam nun jauh di lautan dalam.
Karam, tiada pula tangan yang sudi menggenggam.

Sampaikan salam buat si malam,
semoga bertemu mimpi yang diidam.
Yang diharap-harap dan sudah lama agak terpendam.

Thursday, November 09, 2017

Pergilah Dan Jangan Pulang Kembali

Betullah seperti apa yang diperkatakan orang selama ini.

Pada saat kamu ditimpa kesusahan, akan ada  manusia berhati mulia yang cuba menghulurkan bantuan. Tidak kira dari segi atau apa pun bentuk pertolongan yang diberi. Tanpa kamu sendiri menyangka mereka sudi untuk datang membantu.

Sedangkan ada di antara mereka yang berada di kalangan kamu tatkala duduk bersuka ria dan galak bergembira, lenyap. Sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Walau hanya untuk bertanya khabar sepatah ayat cuma. Sudah menghilangkan diri entah pergi ke pelosok mana.  Aku pun tidaklah begitu pasti. Just like that! Hilang tanpa berjaya untuk dikesan jejak kaki.

Terima kasih. Kerana menyedarkan aku. Memberi peringatan hebat sebegini. Silakan pergi dan tidak perlu mengetuk pintu lagi untuk pulang kembali. Aku sudah faham dan mengerti. Maklum benar dengan lagak dan tingkah laku yang sudah biasa menyakitkan hati.

Tuesday, November 08, 2016

Erti Sejati

Peritnya berada di dalam kondisi
Dilayan hina sebegini
Waktu suka direbut dan dibelai
Tatkala benci
Campak saja sesuka hati
Sesedap rasa aku kau khianati.

Aku tidak bijak seperti kau yang bertuah
Selalu salah memilih langkah
Tiada arah pula untuk diredah
Menanti masa sahaja untuk rebah.

Layaknya aku seumpama sampah
Dibuangnya pula bersepah-sepah
Terbiar kaku tidak dikisah
Tidak dipeduli tidak diendah
Hanya diperlukan ketika susah.

Namun aku juga punya hati
Ada rasa dan kemahuan untuk dituruti
Biarlah untuk sekali ini
Aku pergi demi diri sendiri
Agar kau dapat mengerti
Serta memahami apa itu erti sejati.

Entah
Aku pasrah
Terus dibuai perasaan yang meresah.

Punah ranah.

Dan berkesudahannya aku parah.
Kesudahan aku parah.

Friday, October 07, 2016

i am me

I may not have a perfect figure or a flat stomach.
I'm not considered a model, but i'm me.
I eat food. I have curves. I workout but I weigh more than I'd like.
I have scars because I have a history.
Some people love me, some people like me and some people hate me.
I've done good things in my life.
I've done bad things in my life.
It makes me human.
I love deeply. When I love you, I love with my whole heart.
At home, I'm usually in a comfy pair of pijamas. Some days I go without make up.
Sometimes I don't get my hair done.
I'm random and crazy sometimes, but i'm real.
I'm me.
I don't pretend to be something I'm not.
I won't change who I am for others.
Accept me or not.
I make no apologies for who I am.
Thank you!

Thursday, May 28, 2015

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Gambar sudah terlalu banyak. Naik pening kepala dok mikir nok update cerita hok mano so. Sudohnyo maso dok berlalu gitu jah. Malas getek. Tengok tbla, dok masokla. Pah gak bilo dok ngadop laptop, nyo sero nok g tandahlah. Perut mulahlah. Hihi. Sajakan? Saja cari alasan. Tahu doh mu ni wati! Malas je cerita sebenarnya. 

Kita tak suka skip cerita. So kita mula dengan hok paling dulu deh? Cerita bulan 3 baru ni. 13.3.2015 g tido di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Tak pernah tido sini sebelum ni. First time yang pertama kali tido sini. Hihi. Very Islamic hotel I tell you! Macam di Klana Beach Resort Port Dickson. Masuk daley hotel jah doh dengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Raso tenang jiwa adik kakok ter.

Masuk bilik. Bersolat jamak Maghrib dan Isyak, kami keluar dinner. Mr. Hubby bawa kami ke Restoran Tenang di Pantai Batu Burok. Walawei! Bila ku tatap gambar lauk dinner ni, sero nok g sano loni jugop. Sedak senghoti demo wei lauk dio. Ikan Siakap Stim ter. Daku ratah sapa tingga tuley. Sotong Celup Tepung pun. Highly recommended gitew. G ar try makey. Tok soh rusing pasal hargo. Makey sedak tak dok hal pong kalu baya maha pun.

Okla. Esoknya, 14.3.2015, pas breakfast, kami check out bilik. Then menuju ke jeti untuk ke Pulau Redang.
Yeah! Happy teruja eksaited sero!

Friday, September 26, 2014

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...