Showing posts with label ME. Show all posts
Showing posts with label ME. Show all posts

Wednesday, April 03, 2019

Sanah Helwah Dear Self



I'm excited about turning 40. I've been an adult for a long time, but there is a difference between being an adult and being a grown-up. I'm someone's mummy now and I'm enjoying that. I feel as if I'm about to hit my peak.   

Jill Scott



  • At middle age the soul should be opening up like a rose, not closing up like a cabbage. - John Andrew Holmes

Tuesday, July 24, 2018

Keliru


Kalau sayang,
Zahirkan perasaan.
Usah diragu, usah disimpan.

Kalau rindu, beritahu.
Supaya rasa tidak terkeliru,
Hidup seringkali bercelaru.

Kalau benci,
Jangan dikecilkan hati,
Maafkan sahaja dan usah diungkitkan lagi.



Luahkan segalanya,
Dipendam jangan sesekali.
Kelak kamu merana diri.
Mengharap cuma pada yang tak sudi.

Wednesday, November 15, 2017

Senja Yang Suram

Alam sudah semakin kelam,
senja kembali meniti suram,
semuram aku yang tidak lagi aman tenteram.
Ibaratnya lemas jatuh terselam,
Tenggelam nun jauh di lautan dalam.
Karam, tiada pula tangan yang sudi menggenggam.

Sampaikan salam buat si malam,
semoga bertemu mimpi yang diidam.
Yang diharap-harap dan sudah lama agak terpendam.

Thursday, November 09, 2017

Pergilah Dan Jangan Pulang Kembali

Betullah seperti apa yang diperkatakan orang selama ini.

Pada saat kamu ditimpa kesusahan, akan ada  manusia berhati mulia yang cuba menghulurkan bantuan. Tidak kira dari segi atau apa pun bentuk pertolongan yang diberi. Tanpa kamu sendiri menyangka mereka sudi untuk datang membantu.

Sedangkan ada di antara mereka yang berada di kalangan kamu tatkala duduk bersuka ria dan galak bergembira, lenyap. Sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Walau hanya untuk bertanya khabar sepatah ayat cuma. Sudah menghilangkan diri entah pergi ke pelosok mana.  Aku pun tidaklah begitu pasti. Just like that! Hilang tanpa berjaya untuk dikesan jejak kaki.

Terima kasih. Kerana menyedarkan aku. Memberi peringatan hebat sebegini. Silakan pergi dan tidak perlu mengetuk pintu lagi untuk pulang kembali. Aku sudah faham dan mengerti. Maklum benar dengan lagak dan tingkah laku yang sudah biasa menyakitkan hati.

Tuesday, November 08, 2016

Erti Sejati

Peritnya berada di dalam kondisi
Dilayan hina sebegini
Waktu suka direbut dan dibelai
Tatkala benci
Campak saja sesuka hati
Sesedap rasa aku kau khianati.

Aku tidak bijak seperti kau yang bertuah
Selalu salah memilih langkah
Tiada arah pula untuk diredah
Menanti masa sahaja untuk rebah.

Layaknya aku seumpama sampah
Dibuangnya pula bersepah-sepah
Terbiar kaku tidak dikisah
Tidak dipeduli tidak diendah
Hanya diperlukan ketika susah.

Namun aku juga punya hati
Ada rasa dan kemahuan untuk dituruti
Biarlah untuk sekali ini
Aku pergi demi diri sendiri
Agar kau dapat mengerti
Serta memahami apa itu erti sejati.

Entah
Aku pasrah
Terus dibuai perasaan yang meresah.

Punah ranah.

Dan berkesudahannya aku parah.
Kesudahan aku parah.

Friday, October 07, 2016

i am me

I may not have a perfect figure or a flat stomach.
I'm not considered a model, but i'm me.
I eat food. I have curves. I workout but I weigh more than I'd like.
I have scars because I have a history.
Some people love me, some people like me and some people hate me.
I've done good things in my life.
I've done bad things in my life.
It makes me human.
I love deeply. When I love you, I love with my whole heart.
At home, I'm usually in a comfy pair of pijamas. Some days I go without make up.
Sometimes I don't get my hair done.
I'm random and crazy sometimes, but i'm real.
I'm me.
I don't pretend to be something I'm not.
I won't change who I am for others.
Accept me or not.
I make no apologies for who I am.
Thank you!

Saturday, October 01, 2016

ingatku dalam doamu

Ada sesuatu ingin kukatakan
Kuharap engkau dapat mengertikan
Selama ini dirimu kusayang
Walaupun kau tidak percaya

Tak guna aku memaksa dirimu
Untuk percaya segala kataku
Kiranya engkau fahami hatiku
Tentunya kau akan menyedari

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra
Marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu sayang

Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku
Oh sayang

Andainya aku hilang di matamu
Ingatku dalam doamu

Monday, June 13, 2011

AKU HAMIL



Assalamualaikum…

Aku hamil lagi. Setelah hampir 9 tahun tidak mengandung, aku akan menempuhinya lagi saat-saat itu. Dua tiga hari ni aku rasa tak sedap badan. Teringat masa di Gambang Water Park last week, aku ada merasa lawyer, eh loya-loya tapi aku ingatkan aku tertelan air di dalam kolam tu aje. Siap naik 6 Lane Racer tu lagi tau! Kecut perut aku bila memikirkannya! Dan pulak melalui trip yang jauh iaitu ke Pulau Pinang juga pulang ke Kelantan. Tiba masa nak sujud ketika bersolat, aku merasa sakit kepala yang amat. Dan terasa sekali loya-loya tu, tapi sehingga ke hari ini aku tak muntah-muntah lagi. Adib pulak bagi pihak aku yang berbuat demikian. Anak bujang aku ni pulak dok sakit. Batuk, demam dan muntah tadi. Rupanya dia ada tonsil. Merah. Tadi dah berjumpa dengan doktor dan ambil jugak MC untuknya untuk diberikan kepada cikgunya esok. Berbalik kepada aku, tadi aku berjumpa Dr. Fatimah di Klinik Rawatan Keluarga di Temerloh. Apabila Doktor bertanya bila first day last period, pantas ku menjawab pada 250411 yang lepas. Memang T akan update di dalam kalender tarikh penting sebegini. Doktor bertanya samadah mahu scan atau tidak? Aku tunjukkan result yang aku buat test semalam dan dia cakap dia akan buat scan. Doktor scan perut aku dan ternyata ada “sesuatu” di dalam kantung itu. Menangis aku tatkala menatap spot putih itu yang berada di dalam kantung. Kandunganku berada di dalam rahim dan berusia 7 minggu. Doktor tak dapat nak buat ukuran sebab baby masih kecil lagi. Due datenya pula Insya Allah pada 020212. Em, anak pertama aku lahirkan semasa aku berumur 21 tahun, anak ke dua semasa aku berumur 23 tahun dan anak ke tiga ini, aku akan bersalin pada usia 33 tahun. Insya Allah. Mr. Darling Hubby happy tak sudah. Semalam dok nasihat aku macam-macam. Itu ini dok berceloteh bila aku nyatakan kebimbangan jika mengandung lagi. Sebab aku takut nak melalui proses kehamilan dan kelahiran itu. Sebab dah pernah merasa sakit bersalin samada dibedah atau pun bersalin secara normal. Mak TAKUT! Sungguh aku takut! Dia banyak bagi sokongan kepadaku. Itu sebenarnya yang mahu aku dengar. Sokongan dia. Esok dia nak bawa aku buat kad di Poliklinik Songsang. Aku nak pergi buat kad sebelah petang tadi tetapi bila dia dah cakap dia nak temankan aku esok, jadi esok baru aku pergi buat kad Mengandung. Ya Allah, permudahkanlah proses kehamilan aku kali ini. Dua kehamilan terdahulu tak adalah masalah sangat cuma ketika melahirkan Adib, aku dibedah kerana kedudukan baby yang songsang. Tak ada penyakit Kencing Manis atau Darah Tinggi. Dah lama tak mengandung ni. Mungkin pengalaman mengandung kali ke tiga ini berlainan pula. Siapa tahukan? Kena asah skill semulalah ni. Kena baca balik majalah-majalah PA & MA yang tak culas aku beli sejak keluaran pertama tu lagi sebagai rujukan selama aku mengandung ni. Korang pun, nasihatkanlah aku. Bagi aku tips dan sokongan. Dah lupa macam mana nak mengharungi saat-saat mengandung ni. Terima Kasih.

Love, Love, Love You!

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...