Showing posts with label SELAMAT HARI RAYA. Show all posts
Showing posts with label SELAMAT HARI RAYA. Show all posts

Sunday, July 10, 2022

Selamat Hari Raya Aidiladha 1443H

Assalamualaikum, 

Cik Wati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin. Hari ini Cik Wati masak Nasi Minyak, Kari Kambing, Ayam Goreng Kunyit, Acar Timun dan Sambal Belacan. Resepi nak memasak ni Cik Wati tengok dekat Facebook. Cik Wati sertakan sekali cara-cara memasaknya ya? 

Resepi Nasi Minyak, Acar & Sambal Belacan oleh Tuan Muliadi Ramli. 

NASI MINYAK TERENGGANU :

1. Beras Basmathi (saya gunakakan Jasmin parboil) 6 cwan. Direndam 30 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Utk tumisan:
-Rempah 4 sekawan
-bwg besar 1biji dimayang
- serai 2 batang diketuk
- daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
- minyak sapi
3. Kismis atau biji gajus
4. Susu cair suku tin
5. Sos tomato 3 sb
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 1 inci(diketuk)

Cara membuat:

Panaskan periuk elektrik..masuk minyak masak dan minyak sapi..tumis sampai naik baunya..masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan beras yg ditoskan..gaul rata...masukkan air...klau beras jasmin parboil ni..yg telah direndam..sukatan air sama dgn sukatan beras..masuk halia..masukkan susu cair..sos tomato..garam dan pewarna kacau rata..bila dah masak nasi tu..masukkan biji kismis..kacau nasi tadi..biarkan lg 20 minit utk nasi masak dan kering sepenuhnya..siap

ACAR TIMUN :

1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula

Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup)..basuh  dan toskan..kemudian campurkan sekali dgn segala bahan di atas..gaul rata ..masukkan cuka..garam dan gula.siap.

SAMBAL BELACAN:

1. Cili besar merah 4 biji
2. Cili padi 20 biji
3. Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)
4. Limau kasturi 1 biji dibuang biji
5. Garam
6.Gula
7. Pes Asam jawa 1/2 sudu
8. Limau nipis 1 biji
Cara membuatnya
Bahan 1 hingga 7 dikisar..air sedang2..jgn terlalu sedikit atau bnyak..kisar jgn  terlalu halus..kluarkan... perah limau nipis...rasa secukup rasa..siap

SELAMAT MENCUBA...😋😋


Resepi Kari Kambing by Puan Rani Ganga.

Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..😃😃.
Tumisan
Kayu manis 2
Bunga cengkih 5
Bunga lawang 2
Pelaga 5
Jintan manis 1sdb
Daun kari
Cili kering 10tangkai dipotong
Bawang 4labu dihiris mayang
Tomato ceri 15biji..

Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap

Kredit Resepi : rani ganga

#dapurcikwati di Facebook ❤️❤️❤️




Saturday, May 07, 2022

Eid Mubarak 2022


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ وَجَعَلَنَا اللهُ وَاِيَّاكُمْ مِنَ الْعَاءِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ كُلُّ عاَمٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ


Ertinya: 

Semoga Allah menerima (amal ibadah) kami dan kamu, Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah! Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang serta diterima (amal ibadah). Setiap tahun semoga kamu semua senantiasa dalam kebaikan.

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Walau langkah tidak bertemu,
Ucapan yang tidak terdengar,
Mata pula tidak bertentang mata,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut lebaran yang datang bertandang.

Jika ada khilafku membekaskan lara,
Jika ada kata merungkaikan dusta,
Jika ada jelingan menjadi bisa,
Jika ada tingkah yang menoreh luka,
Jika ada suara bisa menikam rasa,
Ampun dan maaf dipinta,
Hapuskan dosa tanpa dikira,
Agar sempurna seperti sediakala,
Tiada prejudis tanpa ada rasa wasangka.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ وَجَعَلَنَا اللهُ وَاِيَّاكُمْ مِنَ الْعَاءِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ كُلُّ عاَمٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ ✨




Ertinya: “Semoga Allah menerima (amal ibadah) kami dan kamu, Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah! Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang serta diterima (amal ibadah). Setiap tahun semoga kamu semua senantiasa dalam kebaikan.”

Wednesday, June 05, 2019

Salam Aidilfitri 1440H




Human lives are not pieces of string that can be separated out from a knot of others and laid out straight. Familes are webs. Impossible to touch one part of it without setting the rest vibrating. Impossible to understand one part without having a sense of the whole.

Diane Setterfield


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin✨

Wednesday, August 22, 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha 1439H. Kami tak balik kampung. Beraya di rumah sendiri sahaja. Cik Wati masak Nasi Himpit, Kuah Kacang & Nasi Tomato.

Meh Cik Wati belanja beberapa keping gambar eh? 😘

Selamat Hari Raya! 🌸






Tuesday, June 19, 2018

Salam Aidilfitri



Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored. 

#SalamAidilfitri
#selamathariraya
#teamrayapahang
#ilovesmyfamily

Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, 

Salam Aidilfitri 1439H. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin. 

#teamrayakelantan 💕







Thursday, July 14, 2016

Duit Raya

Hi there.

Kali ni nak bercerita tentang sampul duit raya. Ini di antara koleksi sampul duit raya yang kita simpan sejak beberapa tahun yang lepas. Rezeki anak³ gitu. Alhamdulillah.

Ada lagi tersimpan kat tingkat atas. Kita collect sebab design sampul yang cecantik sangat. Nak² kalau warnanya soft pink gitu.

Untuk tahun ni sampul yang paling kita tersuka sangat ialah by Petronas, Sime Darby, Melaka Premium Outlet dan Brands Outlet. Maybank kuning diraja gitu. Ceria menyerlah. Aeon pun cantik jugak. Tapi kita dah beri semua kat orang. Tak tinggal sekeping pun. Warna pink dia cantik. Huhuhu.

Friday, July 08, 2016

Selamat Hari Raya 1437H

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin. Jika ada tersalah tutur bicara, kurang sopan gerak dan laku, sudilah kiranya dimaafkan iya?

Tahun ni kita balik beraya di rumah kampung suami di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. And now dah gerak nak balik ke rumah my mom pula di Kuala Krau, Pahang.

My mom and siblings dah siap sedia menunggu tu. Mesej di WhatsApp tadi dah memacam menu pun disediakan. Ada Laksam dan Laksa kuah lemak putih, Nasi Himpit dan Kuah Kacang, Jagung rebus dan bakar. And now tengah dok berbbq bakar² ayam pula.

Last dok makan Nasi Dagang pukul 12.00 tengahari tadi. Boleh tahankan lagi perut sampai kita balik rumah emak kita ajelah.

Just can't wait nak jumpa depa. Yeay!

Till then, kita jumpa lagi okay? Muah ciked!

Saturday, July 18, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin.
Raya kali ke dua tanpa my abah. Usai bersolat sunat Aidilfitri, kami ke kubur untuk menziarahi arwah abah pula.

Rindu abah. Sangat!

Monday, August 25, 2014

Open House & Small Reunion

Assalamualaikum...

16.8.2014

Dari rumah my ex-classmate, Yus di Temerloh, my family and I ke Kg. Sri Gombak Indah, Batu Caves, Selangor untuk memenuhi jemputan Open House merangkap Majlis Aqiqah anak saudara seorang lagi my ex-classmate, Ap or Dewi.

Alhamdulillah. Berjumpa my ex-schoolmates Sek. Men. Vokasional Sanggang 1995/1996. Ada yang pernah beberapa kali berjumpa selepas SPMV dan ada yang tidak pernah bertemu langsung setelah tamat peperiksaan! Beberapa tahun ini sahajalah hanya "bertemu" di Facebook juga group Ladies Vokay di WhatsApp.

Bayangkanlah havocnya kami tatkala bertemu kembali. Cukup gamat, meriah dan dengan hanya melihat gambar-gambar ini sahaja, membuatkan I  tersenyum-senyum sendiri hampir lewat pertemuan ini uols!
Hiks! Angau seperti orang tengah galak bercinta dibuatnya!

Agak...


Masa ni baru sampai. Kami sampai berperingkat-peringkat. Luckily, I yang mula-mula sampai. Hiks!

My friends. Zue, Sham, Mi, Ap and I.

I order 3 kotak Blueberry Cheese Brownies dan 2 bekas Marble Cake dengan Sham. Buat sebagai buah tangan untuk tuan-tuan rumah yang kami kunjungi.


Anak Ummi, Honey.

Yeah! Happy sangat dapat bertemu kalian kembali!

Kawan-kawan yang dapat hadir di reunion ini. Thanks korang!


With my friend, Thita yang baru sampai.


Thursday, August 21, 2014

Open House

Assalamualaikum...

16.8.2014

Memenuhi jemputan Open House my ex-classmate, Yus. Terima Kasih kerana sudi menjemput kami iya Yus?

Foods sedap belaka & thank you berikan Cakes & Tapai Pulut. Nyums!

Hopefully you suka Macaroni Carbonara yang I masak tu dear!

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...