Showing posts with label MY MOM. Show all posts
Showing posts with label MY MOM. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Iftar Di Hotel Vistana, Kuantan

Assalamualaikum...

19.7.2014

Kami iftar di Hotel Vistana. Tq so much to our big boss yang sudi belanja kami semua berbuka puasa di hotel ini. Seingat I, pernah sekali tidur di sini dan ini merupakan kali pertama datang untuk berbuka puasa di bulan Ramadan. 

Kenyang kami dok makan. Makan tak membazir pun. Semua habis. Syukur, Alhamdulillah.
Thanks to my friend, Suzie. Beri duit raya for my kids. You are so sweet my dear friend!

Thursday, June 26, 2014

Resorts World Kijal, Terengganu

Assalamualaikum...

9.6.2014

Bangun sekitar jam 6.20 pagi, bersolat Subuh lantas "bermorning walk" di tepian pantai dan sekitar hotel. View so stunning! Setiap saat dok mengambil gambar saja. Guna hand phone pun boley.

Selepas itu kami bersiap untuk keluar makan. Bersarapan di cafe hotel iaitu Restoran Kampung Meraga Beris. Orang sungguh ramai. Foods bolehlah. Boleh diterima oleh anak tekak.

Seawal jam 10.00 pagi, kami check out bilik. Mahu segera pulang ke rumah. Ada "sesuatu" yang menanti di rumah.

Kami pun semuanya. Teruja!

Nanti-nanti I story iya?

Saturday, May 31, 2014

Pekan Sehari, Temerloh

Assalamualaikum...

25.5.2014

Kami ke Pekan Sehari, Temerloh. Sesudah breakfast di Gerai Makan Mek, (I makan 2 ketul Ayam Bakar), kami pun berjalan-jalan ke Pekan Sehari.

Cari lauk-pauk untuk dibawa pulang ke rumah my mom di Kuala Krau. (My mom datang ke rumah dan tidur untuk beberapa malam). Dari situ, kami terus balik ke sana. Balik kampung yeay!

Sampai di kampung, singgah di kedai terlebih dahulu. Cari barang sikit. I suka sangat keadaan yang tidak berubah sama seperti I masih kecil dahulu. Vintage. I suka sangat tengok bangunan-bangunan lama begini.

Sesampai di rumah, terus bersilat masuk dapur. Hihi bersilatlah sangat! My mom yang masak semua pun. I goreng Sayur Sawi Tumis Air dan menggoreng ikan sahaja.

Ada cerita masa lunch ni. Honey makan nasi main-main. I curik makan nasi Honey tu. Wei! Sedapnyer make nasi dengan Singgang Ikan Lemudok, Ikan Tenggiri Masin Jeruk, Ikan  Goreng, Sawi Tumis Air dan the one and only,  BUDU.

MEMANG TAK MENYESAL I MAKAN! Sedapnya sehingga menjilat jari.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah beli Ikan Patin dan Ikan Tilapia. Malangnya Ikan Tilapia sudah kehabisan. Beli Ikan Patin sahaja sebanyak 3 ekor. 

Jadilah dari tiada langsung! 

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...