Showing posts with label BSP. Show all posts
Showing posts with label BSP. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Iftar Di Hotel Vistana, Kuantan

Assalamualaikum...

19.7.2014

Kami iftar di Hotel Vistana. Tq so much to our big boss yang sudi belanja kami semua berbuka puasa di hotel ini. Seingat I, pernah sekali tidur di sini dan ini merupakan kali pertama datang untuk berbuka puasa di bulan Ramadan. 

Kenyang kami dok makan. Makan tak membazir pun. Semua habis. Syukur, Alhamdulillah.
Thanks to my friend, Suzie. Beri duit raya for my kids. You are so sweet my dear friend!

Hotel M.S Garden, Kuantan

Assalamualaikum...

Kami ke Kuantan on 19.7.2014 yang lepas. Big Boss bawa his staffs datang berjalan dan berbuka puasa di sini. We stayed at M.S Garden Hotel as usually. Mr.Hubby ambil 4 bilik sahaja kali ini kerana seorang staff tak dapat nak join kami bersama.

Thank you Big Boss! Lain kali bawa kami jalan-jalan lagi eh?!

Tuesday, April 29, 2014

The Legend Resort, Cherating ~Day 2~

Assalamualaikum...

13.4.2014

Kami turun breakfast sekitar jam 8.30 pagi. Cafe sesak dengan orang ramai. Semua makanan sedap terasa di anak tekak. Kopi dia memang best. Nasi Dagang tu rasanya habis awal. Orang yang datang dalam pukul 9.30 pagi dah tak dapat makan. Chef masak Mee Goreng sebagai ganti.

Moral of the story, kalau tidur di hotel kena bangun breakfast awal. Boleh makan sedap-sedap. Hihihi...
Seronok makan ramai-ramai gini. Borak-borak, gelak-gelak.

Kelihatan Honey dok berjalan dengan Uncle Hafiznya. Tak hiraukan Ummi dan Abahnya pun. Makan pun dengan isteri dan anak-anak Uncle Hafiz. Sementelah Uncle Hafiz punya 2 anak teruna. Gedik jew aku nengokkan anak dara aku ni.

Jangan over ye Honey! Hiks...

Selepas bersarapan, kami lepak berehat di dalam bilik masing-masing. At 12.00 noon, kami keluar check out bilik.

Bye-bye The Legend! Ada masa nanti, aku akan pulang ke pangkuanmu. Kau tunggu aku kembali ya? Hihihi...

A million thanks to Mr. Hubby yang membawa kami jalan-jalan cari makan di Kuantan dan Cherating. Next trip ke mana pula ye Abang? Haaa can't wait!

Monday, April 28, 2014

The Legend, Cherating

Assalamualaikum...

12.4.2014

Kami tiba di The Legend, Cherating sekitar jam 3.00 petang. Selesai urusan check in by Mr. Hubby, kami menuju ke bilik masing-masing. Empat bilik disewa seperti pada malam semalam di Hotel M.S Garden, Kuantan.

Berehat di bilik, siap bersolat jamak Zohor dan Asar, kami turun ke bawah untuk mandi kolam dan bermain air di pantai. Kelihatan ramai orang yang turut mandi bersama di dalam kolam mahu pun yang bersantai di tepian pantai. Kolam yang luas dan bersih semestinya mengundang rasa untuk bermandi-mandi. Hampir sejam mandi di kolam, kami ke pantai pula. Melayan anak-anak bermain pasir. Pasirnya sangat putih dan halus. Rehat dan santai. Tiada yang seindahnya.

Tak perlu lebih banyak bicara. Gambar-gambar membuktikan kata-kata.

Asyik bukan?


Hotel M.S Garden, Kuantan

Assalamualaikum...
Pada 11.4.2014 yang lepas, Mr. Hubby membawa kami sekeluarga dan staff-staffnya makan angin di Kuantan. Bawa my mom juga bersama. Kami tidur di Hotel M.S Garden yang terletak bersebelahan dengan Berjaya Megamall. Selepas check in bilik dan bersolat Asar, kami turun pergi ke Berjaya Megamall.
Cuci-cuci mata. Windows shopping!

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...