Thursday, December 20, 2018
Sanah Helwah Sayang
I may not be by your side celebrating your special day with you, but I want you to know that I’m thinking of you and wishing you a wonderful birthday.
Sending you a birthday wish wrapped with all my love. Have a very happy birthday son!🖤
Saturday, August 11, 2018
Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017
All the best Kakak Nur untuk Sijil Menengah Agama akan datang. Ummi doakan semoga Kakak Nur mendapat pangkat Mumtaz Sufi atau sekurang-kurangnya pangkat Mumtaz seperti Abang Adib sebelum ini. Boleh sambung pengajian ke Tingkatan 6 untuk mengambil Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) pula. Minggu ini Kakak Nur menghadapi peperiksaan percubaan SMA sehingga next Monday. Keputusan P2 - Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lepas, Alhamdulillah, dapat 14A daripada 20 mata pelajaran. Menduduki tempat ke 3 daripada 32 orang pelajar di dalam kelas. Kedudukan di dalam Tingkatan 4 pula ialah nombor 4 daripada keseluruhan 186 orang pelajar. Thank you so much Kakak Nur! Proud of you sayang 💕
May the success that has come your way today lead you to a bigger achievement in the years to come. Congratulations kiddos! 💐 Semoga terus berjaya anak-anak Ummi. Di dunia juga tak lupa di Akhirat sana.
Sunday, June 24, 2018
Anak Ummi
All the best anak Ummi🖤 Terima kasih to family mertua yang turut sama menghantar Adib ke sini. Sayang semua banyak-banyak.
Thursday, July 21, 2016
Dapur Cik Wati
Assalamualaikum,
Tak reti pulak nak letak tajuk post kali ni. Hiks. Sakit pinggang actually. Tetapi Cik Wati berdegil jugak nak masak-masak sebab kawan-kawan my kids nak datang beraya. Takkan nak jamu kuih raya dan sirap semata-mata. Memang taklah. Kan?
So kita gagahkan diri. Start pukul 9 pagi tadi, (kacang goreng dah settle malam tadi) sampailah sekarang. Baru boleh baring dan rehat. Nak update belog dulu sebelum lena berdengkur jap lagi. Ahahaha. Jangan tak percaya. Kita memang tidur berdengkur pun. Nak-nak kalau letih yang melampau gitu. Layankan aje. Hiks!
Hari ni kita pilih menu Nasi Himpit dan Kuah Kacang, Spaghetti Bolognese, Kek Batik, Air Anggur brand Sunquick dan Air Sirap. Kuih raya sikit. Cukuplah tu kot.
Pastu belah malam ada adik kawan sekolah kita dulu nak datang beraya. Thanks Cik Siti dan kawannya Ina yang sudi datang ke rumah kita tadi. 😍 "Berjuruh" sangat orangnya. Nampak kita dari jauh mari datang bersalam. Hari tu ada jumpa kat luar. Kita suka orang bersopan gini. Tenang je rasa hati.
Ni tengah dok tunggu Nur iron baju sekolah dia. Memang bebudak ni iron baju sendiri sejak mereka darjah 5 lagi. Senang kerja Ummi. Jap lagi dia dah janji nak urut pinggang Ummi. Adoi. Seksanya menahan derita sakit pinggang ni. Malas nak ajar sangat makan pain killer tu. Celebrexlah. Neurobianlah. Adeh!
😭😭😭
Thursday, July 14, 2016
Duit Raya
Hi there.
Kali ni nak bercerita tentang sampul duit raya. Ini di antara koleksi sampul duit raya yang kita simpan sejak beberapa tahun yang lepas. Rezeki anak³ gitu. Alhamdulillah.
Ada lagi tersimpan kat tingkat atas. Kita collect sebab design sampul yang cecantik sangat. Nak² kalau warnanya soft pink gitu.
Untuk tahun ni sampul yang paling kita tersuka sangat ialah by Petronas, Sime Darby, Melaka Premium Outlet dan Brands Outlet. Maybank kuning diraja gitu. Ceria menyerlah. Aeon pun cantik jugak. Tapi kita dah beri semua kat orang. Tak tinggal sekeping pun. Warna pink dia cantik. Huhuhu.
Friday, June 27, 2014
Restoran Tawan, Temerloh
Tuesday, April 29, 2014
Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur, Kuantan
Assalamualaikum...
17.4.2014
Kami singgah dinner di sini buat kali ke dua. Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tg. Lumpur, Kuantan.
Malam ini Mr. Hubby order Butter Prawn, Black Pepper Crab, Sotong Celup Tepung, Tomyam Campur, Telur Dadar dan Ikan Bakar. Air pula kami pesan Jus Tembikai 2 gelas (kemudian ditambah lagi 1 jug), Jus Apple, Teh Ais dan Air Kosong.
Puas hati makan. Sedap yang amat. Sungguh! I tak tipu. Korang nak rasa korang datang makan kat sini okay?
Tuesday, February 25, 2014
Selera Ramai Ikan Singgang, Kota Damansara
Assalamualaikum...
17.2.2014
Dari Plaza Shah Alam, kami gerak ke sini, Restoran Selera Ramai Ikan Singgang yang terletak di Kota Damansara. Ini merupakan kali ke dua kami singgah makan tengah hari di sini.
Mr. Hubby order dua ekor Ikan Kembung yang dimasak Kuah Singgang, Lidah Goreng (first time makan okey? Rasanya tersangatlah sedap. Macam tak percaya aku boleh makan lidah lembu! Hiks!), dua biji Telur Dadar, Ulam-ulaman dan yang tersangat sedap dan so special, Budu!
Siap makan, kami terus gerak ke Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Alhamdulillah! Mr. Hubby menang his case today! Syukur Ya Allah!
Anak-anak ikut their Abah masuk Court. Duduk di sini sementara Abah masuk mendengar keputusan Hakim di dalam Kamar. Ummi jaga Honey dalam car. Honey tidur.
Happy Birthday Baby Manis
Assalamualaikum, Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...
-
Congratulations on your excellent exam results my dear daughter! Keep the same courage and confidence to face the challe...
-
Assalamualaikum... I batuk teruk. Dekat sebulan flu & batuk. Puncanya terkena air hujan sewaktu keluar rumah. Sudah sekian lama men...
-
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Dear families and friends, Abang telah dipindahkan ke Wad Neurosurgeri 1 (7B). Pengsa...







