Showing posts with label RAMADAN KAREEM. Show all posts
Showing posts with label RAMADAN KAREEM. Show all posts

Thursday, April 14, 2022

Ramadan Kareem 1443H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Di sini Cik Wati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa. Ramadan Kareem. Selamat menjalani ibadah berpuasa dan semoga ianya diterima oleh Allah SWT. Tahun lepas Cik Wati tidak dapat berpuasa kerana baru sedarkan diri di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan setelah dikomakan selama 10 hari semasa mengandungkan anak ke 4.

Cik Wati perkenalkan anak bongsu Cik Wati, baby covid @ anak bertuah Ummi, Manis Nafeesa. Manis dah berusia 9 bulan pun April ni. Sudah semakin melasak dan kerjanya asyik nak berdiri sahaja. Dah pandai meniarap, merangkak, nak acu-acu berdiri, berjalan memegang besi katil, nak memanjat kabinet tv, clingy with me and her Abah, suka menonton Super Simple Songs di YouTube. Tersenyum lebar ketawa mengekek menonton video-video tersebut. Makan Bubur Nasi yang Ummi masak, suka mengacau masa kami nak berbuka puasa, suka tidur hotel, tidur kena ada aircond. Suka naik kereta pergi jalan-jalan. So far, baby Manis dah sampai ke Kelantan, Terengganu, Kuantan, Melaka, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Selangor. Lambat buat susu dia mengamuk. Lambat suap Bubur Nasi dia marah. Suka makan apa je yang Ummi Abah suapkan. Banyak bercakap dah pandai panggil Ummi Abah. Suka berleter. Orang cakap atau tengah berbual dia menjawab, menyampuk hmmm.. hmmm... hmmm... Dah seberat 7.41kg. Berat dah Ummi nak dukung, nak mandikan dia. Kalau boleh tak nak dimandikan, nak cepat-cepat keluar dari sinki tu. Kadang nak tidur senang je, hisap ibu jari terus tertidur. Lately payah tidur malam sebab dia dah tidur waktu Maghrib. Kadang tak ada masalah tidur je dari pukul 12.00 tengah malam sampai ke pagi. Kadang berjaga sekali at 3 pagi nak menyusu. Begitulah. Tak menentu. Kadang Ummi tidur lena, kadangnya tidak. Tapi tak mengapalah, siang hari Ummi qada tidur dengan baby. Kadang tak tidur juga.

Baby covid Ummi. Anak yang cukup-cukup bertuah. Doktor Pakar O&G di HTAA beritahu, 4 kali X-ray dan sekali CT Scan, bukan calang-calang orang  kalau baby tak kuat dah lama dah baby gugur. Allahuakhbar! Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri ini. Cik Wati tak minta lebih dari itu dah. Cukuplah punya tubuh badan dan mental yang sihat dan stabil. Keluarga yang bahagia. Anak-anak berjaya hidup di dunia dan di akhirat sana. Dan kemudian sama-sama menuju masuk ke dalam Syurga Firdausi Allah. Itu sahaja yang Cik Wati minta. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Thursday, April 23, 2020

Ramadan Kareem 1441H




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Allah's blessings will always be on us. Celebrate and enjoy as once again, we will be given a chance to repent and ask for forgiveness for our sins and be forgiven.

Ramadan Kareem everyone 🙏🏻

Monday, May 06, 2019

Ramadan Kareem 1440H

It's not easy to love,
when you get resentment in return
Love anyway.

Its not easy to forgive,
when you get hurt in return
Forgive anyway.

It's not easy to be kind,
when you get rudeness in return
Be kind anyway.

It's not easy to empathise,
when you are judged in return
Empathise anyway.

It's not easy, but do it anyway.

Let your light shine in the lives
of those around you.
And one day it will brighten
their hearts and overpower
the darkness within.


Henna Sohail





Welcome the month of Ramadan with a heart filled with peace, harmony and joy. May the divine blessings of Allah protect and guide you.

إِنْ شَاءَ ٱللَٰه



Salam Ramadan Kareem 1440H🙏

Thursday, May 17, 2018

Ramadan Kareem 1439H




May the spirit of Ramadan bless you with prosperity,
wealth and happiness in life.
May Allah forgive you for all of your fault and wrongdoings.
Let this divine season wash away your burden,
lighten the darkness and ease the pain you may have at this moment.
Allah, the almighty,
will surely bless you with all the best things in life.
Just repent, worship and pray.
Happy Ramadan peeps!

Thursday, June 09, 2016

Ramadan Kareem

Assalamualaikum,

‘Fasting is, first and foremost, an exercise for identifying and managing adversity in all its forms. With faith, in full conscience, fasting calls women and men to an extra degree of self-awareness.’ – Tariq Ramadan

Happy fasting guys! Semoga Allah memberkati ibadah berpuasa kita tahun ini.

Insya Allah.

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...