Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Warung Pok Nong, Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

16.3.2015

Dari Jeti Syahbandar Kuala Terengganu, kami terus menuju ke Warung Pok Nong. Aritu tonton Romantika Aziz M. Osman with her beautiful wife. Tempat favourite mereka dok makan seafood celup tepung. Kami pun trylah google cari kat mana terletaknya kedai ni. Ha! 40 minit beratur kau! Gila punya kerja. Punya sanggup berbaris lelama gitu!

So, bila sampai my turn teros jew I nak bayar. Kakak tu kata, "Makanlah dulu". I tanya, "Percaya ke?" Kakak tu jawab, "Terpulang je kat customer nak bayar atau tak". Haaa, bagus tak cara dia layan customer? Tak heran sangat dengan duit segala. Kan?

Okay, bab rasa tu sedaplah. Fresh juicy gitu. Bolehlah. Cumanya lain kali kalau pergi ke Kuala Terengganu, tidaklah kata mahu datang ke kedai ni lagi. I prefer seafood celup tepung di Kg. Penarik, Pantai Rhu Sepuluh. Yang tu sos pencicah dia lagik power. Well, terpulang ikut selera anak tekak memasing kot?

What ever ajelah kan?

Next entry, Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu.

Honey nak main layang-layang. So abah belikan untuknya.
Pantai di hadapan Warung Pok Nong.

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...

Day 3 at Pulau Redang

16.3.2015

Bangun bersolat Subuh dan kemudiannya keluar berjalan kaki ke lobi untuk bersarapan di cafe hotel. Segar terasa menghirup udara di sini. After makan-makan yang best super sedap delicious,  ha gitu! dan ditemani ketua chef yang sangat friendly di sini, (beliau yang suggest supaya pergi buat jungle trekking semalam), kami berjalan-jalan di sekitar resort untuk mengambil gambar buat terakhir kali. Eh! Hopefully, boley datang ke sini lagi one fine day. Hihihi...

Ha, ni baru ada gambar pool yang jelas berbanding entry semalam. Seronok je melayan bebudak ni dok bermandi-manda. Orang tak ramai so apa lagi? Ini kolam kami yang punyalah!

Masuk ke bilik, berkemas kain baju (actually tak nak balik lagi, haha!), kami pun ke lobi dengan menaiki buggy. Selepas urusan daftar keluar selesai, kami dihantar ke jeti dengan menaiki sebuah van. Tiba di jeti, kami singgah untuk lunch di sebuah kedai makan. Kedai "Orang Kelantan". Paper Kosmo suka benar sebut perkataan ini, (tangan di dada, mata ke atas). Actually baru dapat tahu, penduduk asal di Pulau Redang ialah Orang Kelantan. Mereka yang mula -mula meneroka tempat ini. Tiga buah kedai makan yang kami order makanan selama berada di sini ialah kepunyaan mereka. Berhubungan saudara-mara belaka. Akan tetapi semua resort ialah kepunyaan orang Cina. I tak racist ye? Cuma nak bagitahu saja. Kalau tinggal di area Laguna Redang, semua dapur chalet dan hotel milik Chinese. Kecuali menurut local, Redang Lagoon. Kalau menginap di The Taaras Beach Resort & Spa tidak perlu bimbang kerana Ketua Chef dan staff-staffnya beragama  Islam dan banyak terdapat kedai makan.

Pilihan di tangan anda!

Selesai makan nasi, (tengoklah nasi dan lauk pauk di dalam pinggan tu) yang enak di sini, kami ke kedai souvenirs di sebelah untuk membeli sedikit buah tangan.

Perjalanan untuk sampai ke Kuala Terengganu mengambil masa hampir 2 jam kerana keadaan ferry yang sudah uzur. Alhamdulillah. Selamat tiba di Kuala Terengganu semula.

Sehingga ke hari ini, masih terbayang-bayang keindahan di Pulau Redang. Terasa seperti mimpi dapat bercuti di sana. Resort paling "win" so far yang pernah I jejak. The best. Ever!

Dengan ini, saya Ruziawati Yusof check out from Pulau Redang, Terengganu.

Ceyyyyyy!

Wednesday, October 15, 2014

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...

15.9.2014

Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.

Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.

Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.

Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma yang ralat bilik kami tidak menghadap ke pantai or sea view. Lain kali okay? Next time kita datang, kita booking bilik yang ada sea view. Ada sea view tau! Sea view! Ahaks!

Mesti awesome!

Klana Beach Resort, Port Dickson. 
Bilik kami. Booking via booking.com saja. 
Honey jadi model Ummi. Hihi.
Bilik kecil saja. Tak besar mana pun. 
Bilik air di dalam bilik kami.
Kan? Macam yang I bagitahu. Cantikkan? 
View pantai dari kolam renang. 
Actually, kolam yang di sebelah sini untuk orang lelaki sahaja. Untuk ladies pula mandi di kolam yang sebelah sana. Mereka asingkan jantina untuk bermandi-manda. Tapi bila ada kaum bapaks yang temankan anak mereka mandi di kolam kanak-kanak, mereka tetap boleh nampak ladies yang sedang mandi di sebelah sana.
Nak turun ke pantai pula! 
Kena turun tangga ini untuk ke pantai. 
Waaa! Cantik!
Bangunan di atas tu ialah Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson. 
View Klana Beach Resort dari pantai.
Jom kita mandi laut pula ye anak-anak!
Honey busy bermain permainan pasir.
Dah nak senja. View semakin cantik dan kian menarik.
Suka sangat I tengok gambar ni. Tenang je rasa di jiwa.
Sudah naik semula ke atas tangga. Masuk ke bilik, mandi. Bersolat jamak Maghrib dan Isyak, dan kemudian bersiap untuk pergi dinner. 

Monday, October 13, 2014

Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...

15.9.2014

Bangun pagi-pagi dan bersiap untuk pergi breakfast. Kami breakfast di D'Barrel. Kemudian kami keluar mencari breakfast untuk Nur dan Adib pula di luar. Agak malang kerana kedai makan favourite kami tidak dibuka. Nasi Lemak awesome kat kedai ni. Kami beli semasa datang pada bulan April lepas. So kami beli di kedai makan berdekatannya sahaja. No choice at all. Makan ajelah ye anak-anak? Sudah siap makan, kami serbu terjun kolam renang. After a while, berjalan-jalan pula di sekitar resort. Tak puas dok ambik gambar you! Semua tempat nampak menarik gitu! I teruja betul! Excited giler dengan suasana resort ni.

I tak bagi je anak-anak naik kereta drift aka go kart, memanjat-manjat pokok, naik kuda bagai. Takut jatuh dan cedera. Lagi pun Nur tak habis exam UPSR lagi. Lain kali ye anak-anak? Kalau datang ramai-ramai seronok nak memanjat-manjat ni. Lain kali. Lain kali tau!

Selepas pusing berjalan satu resort, kami masuk ke bilik dan bersiap untuk check out. Insya Allah, kami pasti datang lagi ke sini. Satu hari nanti. Best sangat okay? Nak-nak I ada kawan kerja di sini. Seronok berpeluang untuk bertemunya sejak kami berkawan di zaman Friendster lagi. Thanks sudi jumpa I ye Ratna? Insya Allah, I datang berkunjung lagi nanti. Tempat best macam ni sewajarnyalah I datang berulang kali.

Seronok tak terkata!
Dalam perjalanan untuk pergi breakfast di D'Barrel. 
Cantik sangatkan view kolam renang ni? Kampung House di belakang kolam renang ni saja.
Di D'Barrel. Tempat breakfast kami.
Honey sudah siap makan. Rasa makanan 5/10. I cuma ambik Nasi Goreng, Orange Juice & Coffee. 
Sebelum mandi kolam kena register nama dulu.
Seronok sangatlah mereka dok mandi kolam! Nak-nak si kecik tu.
Kampung House
Mandi kolam time!
Di depan lobi. Semua perhiasan kat resort ni lawa-lawa!
With my friend, Ratna.
Bandwagons
Berangan nak tidur dalam Bandwagons nie! Hiks!
Comel tak Honey? 
Eagle Creek
Ini suasana di dalam D'Barrel. I tak ambik gambar masa breakfast tadi. Orang ramai. Hiks!
Penuh orang dok breakfast tadi. Ha masa ni tak ada orang. Mintak kebenaran nak snap gambar dengan pekerja kat sini.
Ada berani? Go Kart jom?
Masa nie I tengah naik tangga nak tengok view from Eagle Eye's.
Ini view dari Eagle Eye's. Cantikkan?
Tengok orang naik kuda sajalah. Abah mereka suruh je naik. Tapi depa tak mau pula. Malas nak ke kedai depan Go Kart tadi untuk membayar harga menunggang kuda.
Dah sampai di bilik. Berkemas dan bersiap untuk check out pula.
Yeah! Will see you again. I hope so.

Next entry: Klana Beach Resort, Port Dickson. 

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...