Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Thursday, April 09, 2020

Selamat Tinggal Abang

انّا لِله وانّا اليه راجعون اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Dimaklumkan bahawa, Abang kesayangan saya, Muhamad Yusram bin Mat Yusof telah pun meninggal dunia pada pukul 3.16 petang di Hospital Selayang. Terima kasih.

I'm so sorry I can't make it to meet you for the last time. I've tried but still can't do anything. I love you so so much. Rest well.

Wati minta maaf banyak-banyak Abe. You're gonna be missed. I love you so much. 🖤







Ustaz yang telah memandikan jenazah Abang menyatakan kepada Kakak Ipar bahawa selama beliau menguruskan jenazah selama 26 tahun ini, inilah jenazah yang paling bersih beliau pernah uruskan.




الله أكبر


Rezeki Abang saya. Semoga dicucuri rahmat dan Allah memasukkannya di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Saturday, February 08, 2020

Syafakallah Abang








Sometimes we need someone to simply be there. Not to fix anything, or to do anything in particular, but just to let us feel that we are cared and supported.

Some people don’t believe in heroes. But they haven’t met my brother.

Syafakallah Abang 🖤

Sunday, August 11, 2019

Salam Aidiladha 1440H




On Eid Al-Adha, wishing that your sacrifices are appreciated and your prayers are answered by the Almighty. Have a blessed Eid Al-Adha!

Wednesday, June 05, 2019

Salam Aidilfitri 1440H




Human lives are not pieces of string that can be separated out from a knot of others and laid out straight. Familes are webs. Impossible to touch one part of it without setting the rest vibrating. Impossible to understand one part without having a sense of the whole.

Diane Setterfield


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin✨

Wednesday, May 08, 2019

Sanah Helwah Sayang






سنة حلوة
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah.


Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan diberkati serta dirahmati Allah senantiasa.



Hugs and kisses 💕


The sun won’t shine if I am not with you. The days are long when you’re not close to me. I am hopeless and scared when I don’t feel your touch. You are the husband I will always love. Today darling, you deserve the best birthday ever! Love you to the moon and back.

Sunday, November 18, 2018

Congratulations on your Convocation









  • It took a lot of hard work to reach this goal. You had to show up every day, whether you felt like it or not. I hope you feel great about what you’ve accomplished, and I hope you’ll continue to be a person who shows up day in and day out for those things that are worthwhile and important in life.

Proud of you my nephew. Congratulations! 💐 

Monday, November 12, 2018

Happy Anniversary Encik Suami



Ada Apa Dengan Cinta?

Hidup yang telah kita jalani bersama,
Walaupun serba-serbinya sederhana,
Namun amatlah benar-benar terasa,
Cukup aman dan begitu bahagia.

Trimas atas kesabaran menahan lelah,
Melayan kerenah isteri yang entah apa-apa entah,
Musibah demi masalah yang ada ketikanya menjengah,
Melayari bahtera berkeluarga demikianlah sudah.

Gembira bersama di waktu suka,
Setia pula menemani di kalanya duka.
Pada saat sukar yang tak terjangkau di fikiran,
Tetap sahaja ada di sisi menenangkan segala kekacauan.

Untuk 19 tahun yang kita kecapi ini,
Dan tahun-tahun yang bakalnya mendatang nanti,
Harapannya begitulah buatmu Cik Abang,
Semakin hari cuma buat hati ini semakin sayang.

And I hope you always stay the same,
Because there's nothing about you I would change. No one else would understand our relationship, and no one else in this world would understand me the way you do.

Every love story is beautiful but ours is my favorite. Love your imperfections every angle. Happy anniversary my darling Hubby! Thank you for being there, especially when times get difficult. I love you and always will. Forever.

إِنْ شَاءَ ٱللَٰه

Semoganya kita kekal sampai ke Jannah,
Menyulam cinta yang terukirnya indah,
Bersama anak-anak yang telah dianugerah,
Oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai hadiah.

امين يا رب الامين

You are the only one who has ever made me feel I'm enough.

I feel like everything in my life had led me to you. My choices, my heartbreaks and my regrets. Everything. And when we're together, my past seems worth it. Because if I had done one thing differently, I might never have met you🖤

Saturday, November 10, 2018

Syafakallah Abang



I miss you. Not in some cheesy “Let’s hold hands and be together forever kind of way”. I just miss you, plain and simple. I miss your presence in my life. I miss you always being there for me. I miss you brother. So much.

Syafakallah Abang ❌⭕❌⭕

Friday, October 26, 2018

Syafakallah Abang



“I love you” means that I will love you and stand by you even through the worst of times.


Syafakallah Abang. I love you. Always and forever.

Thursday, October 18, 2018

Syafakallah Abang



Setahun yang terpilu,

Detik waktu terus sahaja berlalu
Namun kau tetap begitu di situ
Berdiam diri keras membatu
Hanya mampu terbaring kaku.

Sejenis rindu yang terbuku
Aku pendam ia di sudut kalbu
Mengharapkan kau kembali bertamu
Sepertinya di suatu ketika masa dahulu.

Demi waktu yang kian berlalu
Aku setia sahaja duduk menunggu
Tanpa tahu apa itu ertinya jemu
Tanpa culas mendoakan dirimu selalu.

Semoganya nanti sayangku,

Kau kan datang membuka pintu
Membasuh duka segala sendu
Membalut pedih luka nan beribu
Menyulam cinta sehingga ke akhir hembusan nafasku.

Sunday, September 02, 2018

Syafakallah Abang

Abe,

Ma dah sampai Malaysia malam tadi dari Jeddah. Wati bawa Ma datang berjumpa Abe harini sebelum balik ke Kuala Krau. Lain kali kami datang melawat Abe lagi deh? Ma cerita, Ma minta Ustaz buatkan Solat Hajat untuk Abe. Hari Khamis malam Jumaat yang lepas. Ada lebih kurang 1000 jemaah masa tu di surau hotel. Allahu! Ramainya yang mendoakan Abe. Semoga Allah memakbulkan doa² kami semua melihat Abe sembuh semula. Syafakallah Abe.


You have me. Until every last star in the galaxy dies. You have me.




Welcome Home Mom

Syukur Alhamdulillah, Ma telah selamat pulang dari Jeddah atas urusan menunaikan ibadah haji. Syukur, Ma dikurniakan tubuh badan yang sihat dan telah dipermudahkan segala urusan hajinya di Kota Mekah sana. Semoga dikurniakan Haji Mabrur buat Ma. Amin. InshaAllah.



Wednesday, August 22, 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha 1439H. Kami tak balik kampung. Beraya di rumah sendiri sahaja. Cik Wati masak Nasi Himpit, Kuah Kacang & Nasi Tomato.

Meh Cik Wati belanja beberapa keping gambar eh? 😘

Selamat Hari Raya! 🌸






Sunday, July 15, 2018

Panggilan Haji






Selamat menunaikan ibadah haji Ma. Semoga Beroleh Haji Mabrur. Dikurniakan kesihatan tubuh badan. Selamat pergi dan kembali. InshaAllah. Love you Ma🖤

#KT04B MH8106

Sunday, June 24, 2018

Anak Ummi

It feels like I just closed my eye for a moment, and then here are you are all grown up already. Time flies by so quickly, and I just want time to slow down a bit. I love you son, and I always will.

All the best anak Ummi🖤 Terima kasih to family mertua yang turut sama menghantar Adib ke sini. Sayang semua banyak-banyak.




Tuesday, June 19, 2018

Salam Aidilfitri



Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored. 

#SalamAidilfitri
#selamathariraya
#teamrayapahang
#ilovesmyfamily

Tuesday, May 22, 2018

Rindu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Abe,
Abe tahu tok?
Allah tu, kan?
Sayang benar dekat Abe ni.
Sebab tu Allah uji Abe gini.

Allah bukan uji Abe sore diri.
Allah uji kami ni belako.
Seluruh ahli keluarga kito.
Sahabat-sahabat kito pom jugok.

Nak bui nyo kami ni semuo ingat dekat DIO.
Mitok gapo-gapo bergantung dekat DIO sore jah.
Buke denga ore lain.
Buke denga sapo-sapo pom.

Abe cukup bertuoh.
Allah pilih dan uji Abe sapa lagu ni sekali.
Tapi kami redha Abe.
Kak Shikin, isteri Abe ghoyak,
Abe syurga dio dan anok-anok.
Abe bukan beban.
Abe tok menyusahkan mereka pom.
Selamo ni Abe hok jago mereka semuo.
Kali ni, mereka pulok hok pakak dok jago Abe.
Janji suci seorang isteri.
Buke setakat manis di bibir dok meniti.
Dio tepati, dio turuti segalo janji.
Bertuah sungguh Abe dapat isteri serupo Kak Shikin ni.

Wati tahu, kami tahu.
Masih ada Abe di dalam diri Abe lo ni.
Cumonyo Abe tok buleh nok ghoyak ko kami jah.
Hok gapo dio hok Abe raso selamo jatuh sakit ni.
Abe buleh pejam, celik mato jah.
Kalu tiko nok bui tindak balas gak.
Mugo Abe major stroke doh k,
Serupo gini ajelah keadaan Abe buat hok sokmo dok tanyo,
“Abe lagu mano lo ni?“
Nok jawak pom kito tok reti.
Melainkan jupo Abe sendiri.
Hari jadi anok daro Abe baru ni gak,
Seharian air mato Abe tu tubik ngalir.
Pasal tok dapat nok sambut birthday anok daro dio.
Takpo Abe.
Mugo tahun lepah,
Abe ambik coti doh sari nok sambut birthday dio.
Serupo Abe tahu doh,
Tahun ni Abe tok buleh nak sambut samo.
Allahu.

Rindu ko Abe.
Tok leh nok ghoyak doh setaro mano, lagu mano.
Lamo doh ni tok g jupo Abe.
Doh sebulan doh tok ttemu mato denga Abe.
Cium, peluk Abe serupo sekalo.
Sibuk ko gapo namo pun tok tahunyo nok ghoyak bui.

Mintok maaf banyok-banyok Abe.
Teruk benar adik Abe ni dih?
Abe sakit lagu ni pom Wati tok g jengok Abe nah.
Nati Wati g melawat Abe deh?
Janji💕

Nak peluk, cium Abe. Rindu senghoti.

Selamat malam Abe. I love you so much.

Friday, April 20, 2018

Wad Perubatan 7D, Hospital Sungai Buloh


Our journey isn't perfect but it's ours. I'll stick with you 'til the end. Syafakallah Abang. I love you. Always 💕



Tuesday, January 09, 2018

Syafakallah Abang

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian berdua. Diberikan kekuatan diri dan dilindungi Allah selalu. Dengan semakin beratnya ujian yang DIA beri, semoganya kalian terus kekal beristiqamah kepada-Nya. Terus tabah dan sabar menghadapi dugaan yang bakal mendatang.

Harapannya, doa-doa kami selama ini untuk melihat Abang pulih kembali akan Allah makbulkan. Suatu hari nanti. Dengan izin-Nya jua. Inshallah. InshaAllah.

Keep on fighting Abe. Please pray for him guys. Thank you again for all the duas. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian mendoakan Abang.

Apakah Hikmah Allah Datangkan Dugaan, Cubaan Dan Ujian

Rabiatul Adaweeyah
1 year ago

Setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi pasti berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ujian yang diturunkan oleh Allah pasti berbeza, tetapi atas sebab yang sama.

Di saat kesedihan dan hampa dalam menempuhi dugaan itu, sudah pasti kita hampir tewas dan tertanya dengan kesal, mengapa ujian berat itu diturunkan kepada kita? Bahkan mengapa ujian tersebut begitu berat sekali?

Sebagai hamba Allah yang lagi tidak berupaya, wajar diambil ujian itu dengan hikmah walau sesulit manapun ia.

Allah SWT mempunyai alasan tersendiri dalam merencanakan hal yang terbaik untuk setiap umatnya. Tidaklah Allah jadikan sesuatu kejadian itu dengan sia-sia tanpa apa-apa rahsia tersendiri, hatta hikmah sehelai daun buruk yang luruh dari pohon yang telah mati.

Kadang-kadang kita lupa, Allah sebenarnya rindu kepada rintihan hambanya yang mungkin sudah lama melupaiNya. Bahkan alpa untuk mengadu masalah dan tempat kita bergantung segala.

Keterangan Lanjut
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Al-Ankabut: 2

Sebenarnya, terdapat begitu banyak hikmah dan sebab Allah menurunkan ujian kepada hambanya, iaitu:

1- Sebagai Penguji Kesabaran

Allah ingin menguji dan mengukur sejauh mana ketabahan manusia. Sama ada tergolong dalam golongan sabar atau hambanya yang sering berputus asa. Sesungguhnya mereka yang lulus adalah yang sabar dan reda, bukan bersedih dan meratap.

Firman Allah;

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Al-Baqarah: 155

2- Menguji Keimanan HambaNya

Allah SWT ingin mengetahui gerangan hambanya yang masih teguh akidah dan imannya melalui ujian yang diberikan. Sesiapa yang tidak mempunyai keimanan kuat pasti tidak berkesabaran tinggi, lalu mencari jalan penyelesaian lain yang menyimpang daripada ajaran Allah SWT, seperti mempercayai jin dan berbuat syirik.

Bagi golongan yang memiliki keimanan yang tinggi, sudah tentu akan menyerahkan semua keadaan dan penyelesaian kepada Allah. Bahkan bersedia dengan ujian mendatang.

Ada juga dalam kalangan manusia yang beriman tetapi masih tewas apabila berhadapan dengan ujian. Lalu ujian ini juga sebagai alat untuk menguji sejauh mana keimaan itu dapat bertahan, sama ada akan runtuh atau semakin bertambah. Jadi, berpeganglah pada prinsip ‘Allah menurunkan ujian kerana Dia sayang kepada hamba-hambanya’.

3- Dianugerahkan Ganjaran Dan Pahala

Dengan ujianlah Allah SWT akan melipatgandakan ganjaran pahala bagi orang yang sabar dan pasrah, selain diberikan martabat yang lebih tinggi. Contohnya, dihadiahkan dengan sedekah yang banyak dari seseorang selepas diberi ujian kemiskinan.

“Dari Saad bin Abi Waqqash dia berkata: Aku pernah bertanya, ‘Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berat cubaannya?’ Baginda menjawab: ‘Para nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang sesudah mereka secara berturut menurut tingkat kesolehannya. Seseorang akan diberi ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila dia kuat, akan ditambah cubaan baginya. Kalau dia lemah dalam agamanya, akan diringkankan cubaan baginya. Seorang mukmin akan tetap diberi cubaan, sampai dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikitpun’.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

4- Sebagai Cara Menghapuskan Dosa

Setiap hamba Allah pasti tidak dapat lari daripada berbuat keburukan dan dosa. Bagaimana caranya untuk mengurangkan atau menghapuskan dosa selain daripada bertaubat? Salah satunya adalah mengharungi ujian.

Bagi golongan yang menerima ujian dan sabar menghadapinya dengan penuh syukur dan reda, Allah akan menghapuskan kesalahannya dan mengangkat darjatnya.

5- Membuang Sikap Ujub Dan Takabbur

Sesetengah golongan yang tidak berhadapan dengan ujian berat Allah SWT selalunya menyangka bahawa mereka adalah golongan yang lebih beriman dan disayangi Allah.

Namun, ujian Allah bermaksud bahawa semua hambanya adalah sama disisiNya, yang akan menerima ujian dalam setiap langkah hidup mereka.

Jadi, golongan yang sombong ini menyangka mereka tidak diuji kerana keimanan dan kepatuhan mereka, padahal Allah sedang menyarankan kepada mereka untuk mendekatkan diri kepadaNya.

6- Didikan Allah SWT Kepada Hambanya

Allah turut mendidik hambaNya melalui ujian. Hal ini supaya seseorang hamba itu menjadi kuat dan tidak takut dengan sebarang dugaan yang menghalanginya kelak.

Contoh terbaik adalah, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sejak kecil, Baginda sudah diuji sebagai anak kecil yang kehilangan ibu-bapanya sehinggalah kepada perjalanan dakwah Baginda.

Ternyata didikan Allah SWT melalui ujian telah melahirkan sosok-sosok yang berkeperibadian tinggi dan sentiasa bersyukur dan gembira dengan ujian yang diturunkan kepadanya.

7- Peringatan Untuk Menghargai Kehidupan di Dunia Dan Akhirat

Ujian Allah juga diturunkan sebagai peringataan, antaranya untuk mengingatkan manusia bahawa ada kehidupan lain selepas kematian iaitu alam Akhirat yang menuntut semua amalan manusia semasa hidup.

Bagi golongan yang bersyukur pasti akan sedar kesilapan lalu dan lebih menghayati indahnya peluang yang diberikan kepadanya. Ini kerana ujian juga sebagai teguran dan bentuk kasih sayang dariNya.

Oleh itu, hal terpenting dalam mengharungi ujian adalah cara untuk menghadapi dan mengambil hikmah dari setiap kejadian yang datang itu. Jangan pernah ragu akan janji dan pertolongan Allah, Allahlah yang berkuasa membalikkan keadaan, Allahlah layak membuatkan hambanya tersenyum atau bersedih.

Jadi hayati dan laluilah setiap ujian itu dengan reda kerana setiap ketetapan yang dijadikan Allah adalah terbaik!

via https://tazkirah.net

Monday, October 13, 2014

Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

14.9.2014

Hari ke dua kami di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ini. Selesai bersarapan, kami berehat sebentar dan kemudian check out bilik.

Menuju ke destinasi seterusnya, Eagle Ranch Resort, Port Dickson.

Oh yeah! Tempat idaman untuk bercuti di Port Dickson semenjak sekian lama ini.

Thanks to darling Hubby yang telah merealisasi my mimpi!

Morning from Honey!
Breakfast time.

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...