Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts
Showing posts with label HARI RAYA. Show all posts

Sunday, July 10, 2022

Selamat Hari Raya Aidiladha 1443H

Assalamualaikum, 

Cik Wati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin. Hari ini Cik Wati masak Nasi Minyak, Kari Kambing, Ayam Goreng Kunyit, Acar Timun dan Sambal Belacan. Resepi nak memasak ni Cik Wati tengok dekat Facebook. Cik Wati sertakan sekali cara-cara memasaknya ya? 

Resepi Nasi Minyak, Acar & Sambal Belacan oleh Tuan Muliadi Ramli. 

NASI MINYAK TERENGGANU :

1. Beras Basmathi (saya gunakakan Jasmin parboil) 6 cwan. Direndam 30 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Utk tumisan:
-Rempah 4 sekawan
-bwg besar 1biji dimayang
- serai 2 batang diketuk
- daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
- minyak sapi
3. Kismis atau biji gajus
4. Susu cair suku tin
5. Sos tomato 3 sb
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 1 inci(diketuk)

Cara membuat:

Panaskan periuk elektrik..masuk minyak masak dan minyak sapi..tumis sampai naik baunya..masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan beras yg ditoskan..gaul rata...masukkan air...klau beras jasmin parboil ni..yg telah direndam..sukatan air sama dgn sukatan beras..masuk halia..masukkan susu cair..sos tomato..garam dan pewarna kacau rata..bila dah masak nasi tu..masukkan biji kismis..kacau nasi tadi..biarkan lg 20 minit utk nasi masak dan kering sepenuhnya..siap

ACAR TIMUN :

1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula

Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup)..basuh  dan toskan..kemudian campurkan sekali dgn segala bahan di atas..gaul rata ..masukkan cuka..garam dan gula.siap.

SAMBAL BELACAN:

1. Cili besar merah 4 biji
2. Cili padi 20 biji
3. Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)
4. Limau kasturi 1 biji dibuang biji
5. Garam
6.Gula
7. Pes Asam jawa 1/2 sudu
8. Limau nipis 1 biji
Cara membuatnya
Bahan 1 hingga 7 dikisar..air sedang2..jgn terlalu sedikit atau bnyak..kisar jgn  terlalu halus..kluarkan... perah limau nipis...rasa secukup rasa..siap

SELAMAT MENCUBA...😋😋


Resepi Kari Kambing by Puan Rani Ganga.

Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..😃😃.
Tumisan
Kayu manis 2
Bunga cengkih 5
Bunga lawang 2
Pelaga 5
Jintan manis 1sdb
Daun kari
Cili kering 10tangkai dipotong
Bawang 4labu dihiris mayang
Tomato ceri 15biji..

Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap

Kredit Resepi : rani ganga

#dapurcikwati di Facebook ❤️❤️❤️




Saturday, May 07, 2022

Eid Mubarak 2022


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ وَجَعَلَنَا اللهُ وَاِيَّاكُمْ مِنَ الْعَاءِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ كُلُّ عاَمٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ


Ertinya: 

Semoga Allah menerima (amal ibadah) kami dan kamu, Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah! Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang serta diterima (amal ibadah). Setiap tahun semoga kamu semua senantiasa dalam kebaikan.

Sunday, May 24, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Walau langkah tidak bertemu,
Ucapan yang tidak terdengar,
Mata pula tidak bertentang mata,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut lebaran yang datang bertandang.

Jika ada khilafku membekaskan lara,
Jika ada kata merungkaikan dusta,
Jika ada jelingan menjadi bisa,
Jika ada tingkah yang menoreh luka,
Jika ada suara bisa menikam rasa,
Ampun dan maaf dipinta,
Hapuskan dosa tanpa dikira,
Agar sempurna seperti sediakala,
Tiada prejudis tanpa ada rasa wasangka.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ وَجَعَلَنَا اللهُ وَاِيَّاكُمْ مِنَ الْعَاءِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ كُلُّ عاَمٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ ✨




Ertinya: “Semoga Allah menerima (amal ibadah) kami dan kamu, Wahai Allah Yang Maha Mulia, terimalah! Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang serta diterima (amal ibadah). Setiap tahun semoga kamu semua senantiasa dalam kebaikan.”

Wednesday, August 22, 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha 1439H. Kami tak balik kampung. Beraya di rumah sendiri sahaja. Cik Wati masak Nasi Himpit, Kuah Kacang & Nasi Tomato.

Meh Cik Wati belanja beberapa keping gambar eh? 😘

Selamat Hari Raya! 🌸






Tuesday, June 19, 2018

Salam Aidilfitri



Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don’t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it’s at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored. 

#SalamAidilfitri
#selamathariraya
#teamrayapahang
#ilovesmyfamily

Friday, June 15, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, 

Salam Aidilfitri 1439H. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin. 

#teamrayakelantan 💕







Sunday, July 24, 2016

Dapur Cik Wati

Assalamualaikum,

Semalam kita pergi beraya kat rumah sahabat kita, Cikgu Julia dan Kak Murni. So hari ini kita buat balasan jemputan pula. Kita jemput kawan-kawan buat makan-makan sikit. Kita masak Puding Jagung, Sandwich Sardine, Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese dan Mee Bandung. Air pula Oren Sunquick.
Alhamdulillah. Ramai yang datang jugak. Ajak jiran-jiran sekali.
Seronok melayan tetamu menjamu selera. Ini baru raya!

#teamrayapahang 

Thursday, July 21, 2016

Dapur Cik Wati

Assalamualaikum,

Tak reti pulak nak letak tajuk post kali ni. Hiks. Sakit pinggang actually. Tetapi Cik Wati berdegil jugak nak masak-masak sebab kawan-kawan my kids nak datang beraya. Takkan nak jamu kuih raya dan sirap semata-mata. Memang taklah. Kan?

So kita gagahkan diri. Start pukul 9 pagi tadi, (kacang goreng dah settle malam tadi) sampailah sekarang. Baru boleh baring dan rehat. Nak update belog dulu sebelum lena berdengkur jap lagi. Ahahaha. Jangan tak percaya. Kita memang tidur berdengkur pun. Nak-nak kalau letih yang melampau gitu. Layankan aje. Hiks!

Hari ni kita pilih menu Nasi Himpit dan Kuah Kacang, Spaghetti Bolognese, Kek Batik, Air Anggur brand Sunquick dan Air Sirap. Kuih raya sikit. Cukuplah tu kot.

Pastu belah malam ada adik kawan sekolah kita dulu nak datang beraya. Thanks Cik Siti dan kawannya Ina yang sudi datang ke rumah kita tadi. 😍 "Berjuruh" sangat orangnya. Nampak kita dari jauh mari datang bersalam. Hari tu ada jumpa kat luar. Kita suka orang bersopan gini. Tenang je rasa hati.

Ni tengah dok tunggu Nur iron baju sekolah dia. Memang bebudak ni iron baju sendiri sejak mereka darjah 5 lagi. Senang kerja Ummi. Jap lagi dia dah janji nak urut pinggang Ummi. Adoi. Seksanya menahan derita sakit pinggang ni. Malas nak ajar sangat makan pain killer tu. Celebrexlah. Neurobianlah. Adeh!

😭😭😭

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...