Showing posts with label SYAWAL 1435H. Show all posts
Showing posts with label SYAWAL 1435H. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Open House

Assalamualaikum...

16.8.2014

Memenuhi jemputan Open House my ex-classmate, Yus. Terima Kasih kerana sudi menjemput kami iya Yus?

Foods sedap belaka & thank you berikan Cakes & Tapai Pulut. Nyums!

Hopefully you suka Macaroni Carbonara yang I masak tu dear!

Wednesday, August 20, 2014

Nasi Impit Kuah Kacang

Assalamualaikum...

I masak Nasi Impit with Kuah Kacang ni for the first time. Raya mood katanya!

Dalam Kuah Kacang ni I masukkan daging. Lagi bertambah sedaplah ia. Hiks!

Berulang dok makan. Beri kat my Kak Long jugak yang duduk dekat rumah I ni.

Ini resepi my Kak Ngah. Nak cuba? I sertakan resepinya sekali.

Selamat mencubalah iya?

Monday, August 18, 2014

Open House Haji Azmi

Assalamualaikum...

8.8.2014

Ada jemputan open house di rumah my ex-schoolmate, Hj. Azmi di sini. Dapatlah peluang berkumpul bersama ex-schoolmates yang lain juga.
Selepas itu, tiga orang kawan datang pula beraya di rumah I. Jamu mereka apa yang ada sahaja. Minta maaflah iya?

Jangan serik untuk datang lagi!

Friday, August 15, 2014

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Assalamualaikum ...

1.8.2014

Dari Kemaman, kami singgah di Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating. Mr.Hubby sudah tidak larat nak drive lagi. Makanya kami bermalam di sini sahaja. I teringin lama dah nak stay di sini sebenarnya. Hari ini peluangnya tiba. Seronok bermalam di chalet di tepi pantai seperti ini. Syok sangat rasanya!
Ini bilik kami. Harga sewa RM200 untuk satu malam. Dan ini sahaja bilik yang ada. Mujurlah. Tak perlu ke sana-sini mencari bilik lagi.
Bilik air pun bersih dan selesa. 
My Cheeky Honey! Ummi teringin jew nak pakai dress macam ni. Tapi yang berlengan panjanglah. Serta longgar juga. Tapi Ummi gemuk.

Simpan saja hasrat di dalam hati.
Kan? Macam yang I cakap tadi. I suka suasana di sini. Chalet kami dekat kereta putih tu uols! Lihat pasirnya yang putih bersih. Cumanya pantai agak jauh kerana air surut. Ada banyak obor-obor juga ok uols! Silalah berhati-hati iya? Nanti ia gigit, sakit dan merana kamu dibuatnya!  
Kan? Air laut surut. Waktu pagi pun keadaan seperti ini. Sikit saja air laut yang ada di belakang I ni. Please take note. Obor-obor sangat banyak.
Nur di hadapan chalet kami menginap. Sebelah malam, dinner makan nasi bungkus di dalam bilik sahaja. Penat yang teramat gitu.
2.8.2014

From Cherating with love!
Beli sarapan di sini. Dekat sahaja dengan Riverside 3rd Point Beach Motel. Setiap kali datang Cherating, I memang beli makanan di sini. Rasa makanan okay. Sedap. 
Bye-bye Cherating. Panjang umurnya kita singgah datang berkunjung lagi.

Tanjung Demong Beach Resort, Kuala Besut, Besut, Terengganu

Assalamualaikum...

1.8.2014. 5 Syawal 1435H.

Kami berjalan-jalan di pantai sesudah bersarapan di cafe hotel. Lepas tu lepak makan-makan pula di tepi pantai. I minta my Bil tolong belikan foods untuk yang belum pergi breakfast. Mr.Hubby dok jaga Honey mandi di pantai juga di kolam renang.

Sudah mandi (I tak mandi uols!), kami balik ke bilik masing-masing dan bersiap-siap untuk check out bilik pula.

Sebelum berpisah, kami bersalam-salaman memohon ampun dan maaf buat kesekian kalinya. Ada rezeki dan umur yang panjang, kita pasti bertemu lagi. Insya Allah iya The Ismailians?
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan untuk pulang. Singgah di Kemaman untuk berhari raya di rumah saudara Mr. Hubby. Dihidangkan kami Spaghetti Bolognese yang sungguh enak sekali rasanya. Tak pernah I rasa Spaghetti Bolognese sesedap itu uols! Sayang. Tidak mengambil gambar bersama Kak Ma dan anak-anak daranya yang comey lotey itu. Next time. Ya. Next time.


Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...