Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts

Saturday, January 18, 2020

Friday, May 29, 2015

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...

Day 3 at Pulau Redang

16.3.2015

Bangun bersolat Subuh dan kemudiannya keluar berjalan kaki ke lobi untuk bersarapan di cafe hotel. Segar terasa menghirup udara di sini. After makan-makan yang best super sedap delicious,  ha gitu! dan ditemani ketua chef yang sangat friendly di sini, (beliau yang suggest supaya pergi buat jungle trekking semalam), kami berjalan-jalan di sekitar resort untuk mengambil gambar buat terakhir kali. Eh! Hopefully, boley datang ke sini lagi one fine day. Hihihi...

Ha, ni baru ada gambar pool yang jelas berbanding entry semalam. Seronok je melayan bebudak ni dok bermandi-manda. Orang tak ramai so apa lagi? Ini kolam kami yang punyalah!

Masuk ke bilik, berkemas kain baju (actually tak nak balik lagi, haha!), kami pun ke lobi dengan menaiki buggy. Selepas urusan daftar keluar selesai, kami dihantar ke jeti dengan menaiki sebuah van. Tiba di jeti, kami singgah untuk lunch di sebuah kedai makan. Kedai "Orang Kelantan". Paper Kosmo suka benar sebut perkataan ini, (tangan di dada, mata ke atas). Actually baru dapat tahu, penduduk asal di Pulau Redang ialah Orang Kelantan. Mereka yang mula -mula meneroka tempat ini. Tiga buah kedai makan yang kami order makanan selama berada di sini ialah kepunyaan mereka. Berhubungan saudara-mara belaka. Akan tetapi semua resort ialah kepunyaan orang Cina. I tak racist ye? Cuma nak bagitahu saja. Kalau tinggal di area Laguna Redang, semua dapur chalet dan hotel milik Chinese. Kecuali menurut local, Redang Lagoon. Kalau menginap di The Taaras Beach Resort & Spa tidak perlu bimbang kerana Ketua Chef dan staff-staffnya beragama  Islam dan banyak terdapat kedai makan.

Pilihan di tangan anda!

Selesai makan nasi, (tengoklah nasi dan lauk pauk di dalam pinggan tu) yang enak di sini, kami ke kedai souvenirs di sebelah untuk membeli sedikit buah tangan.

Perjalanan untuk sampai ke Kuala Terengganu mengambil masa hampir 2 jam kerana keadaan ferry yang sudah uzur. Alhamdulillah. Selamat tiba di Kuala Terengganu semula.

Sehingga ke hari ini, masih terbayang-bayang keindahan di Pulau Redang. Terasa seperti mimpi dapat bercuti di sana. Resort paling "win" so far yang pernah I jejak. The best. Ever!

Dengan ini, saya Ruziawati Yusof check out from Pulau Redang, Terengganu.

Ceyyyyyy!

Thursday, May 28, 2015

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...

Day 2 at Pulau Redang
15.3.2015

Selepas breakfast yang amat sedap dan mengenyangkan, kami buat jungle trekking pula. Berjalan dalam 30 minit dan kami berhenti rehat seketika untuk mandi laut dan bermain pasir. Dalam setengah jam kemudian, kami sambung buat jungle trekking. Mr. Hubby mendukung Honey so perjalanan yang sepatutnya mengambil  masa selama 30 minit berlanjutan ke 45 minit. Seronok sangat buat jungle trekking ni korang! Nak-nak bila keluar daripada hutan dan bertemu air laut membiru begini. Cukup berpuas hati even berjalan di tengah terik matahari untuk ke Laguna Redang. Nak lunch.

Banyak pilihan makanan. Semua sesedap rasa. Kami duduk relax bersantai di tepian pantai kemudiannya. Oh! I'm in heaven! Ya Allah! Seronok benar dapat bercuti di sini! Thank you so much Mr. Hubby!

Pulang ke hotel, kami menaiki boat pula. Kena caj RM150 pula untuk boat dan van untuk dihantar ke hotel. Balik ke hotel, bilik sudah siap dikemaskan.

Selepas mandi dan bersolat jamak Asar dan Zohor, kami berehat di dalam bilik. Sekitar jam 6.00 petang, Mr. Hubby and I berjalan-jalan di pantai. Tak ramai orang dah masa ni. Suasana damai dan tenang sesangat!

Kami keluar berjalan kaki untuk dinner di kedai makan yang terletak berhadapan hotel. Sedap semua rasa makanannya. Campur nasi bungkus untuk Adib, harganya RM130++.

Penat mental dan fizikal. Namun puas hati dan berbaloi-baloi rasanya! Thanks Mr. Hubby for the treat!

Gambar terlalu banyak. I pilih-pilih aje untuk entry ini. Korang jikalau berpeluang, diberi ruang, go jelajah Pulau Redang. Awesome ngat baq hang!

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...

14.3.2015

Ingat nak naik ferry pukul 9.00 pagi, tapi dinasihatkan oleh staff hotel supaya menaiki ferry at 10.30 pagi. Sebab ferry pertama tidak berhenti terus di tempat penginapan kami, iaitu di The Taaras Beach Resort & Spa. Kena naik boat lain bagai pulak. So, kami ke Pasar Payang dahulu. Beli makanan untuk kami anak-beranak. Nasi Dagang ter. Kuih-muih lagi. Alahai! Rasa nak beli semua! Semua ok? Sedak blako teh!

Tunggu punya tunggu, sampai jugak ferry kami. Lewat 1/2 jam dari waktu yang dijadualkan. Siot je kami dok menunggu. Sabar ajelah! Dengan tempat menunggu yang sesak. Aish!

Dan yeah, selama satu jam perjalanan, kami pun tiba di Pulau Redang. Ada van persis si Alphard telah sedia menanti kami. Perjalanan dari jeti ke Hotel Taaras Beach Resort & Spa lebih kurang 20 minit menaiki van tersebut.

Berehat sebentar di lobi. Dijamu air dan towel basah sejuk untuk mengelap muka. Waaaa... So refreshing! Wangi jew bau face towel tu. Rasa tak mau pulangkan balik kat depa ja. Hihi.

Settle hal check in, harga bilik, garden view di atas bukit around RM700 per night. Kami dibawa ke bilik hotel dengan menaiki buggy. Puas hati dengan bilik. Spacious! Kamar mandinya juga. Gambar tidak ada ye? Lantaran hand phone Samsung Note 3 ku jatuh ke dalam air laut.

Selepas makan foods yang dibeli di Pasar Payang, bersolat jamak Zohor dan Asar, kami ke pantai dan kolam renang. Waaaaa! Cantik sangat pantainya korang! Private beach gitew! Allah!  Kagum yang amat! Rasa nak menangis pun ada sebab view maha cantik. In heaven sero.  Anak-anak pun seronok dok mandi kolam. Sebab mereka aje dok mandi di pool tu. Mana tak heavenkan? Pool pun cantik jew. Googlelah. Aku pasti korang akan terpesona sama. Terkesima gitew. Hihi.

Daripada dok mandi di kolam, kemudian, ke pantai untuk mandi laut pula. Aku dok kat bawah teduhan kerusi kayu je. Temankan Honey main pasir yang halus memutih itu. Anak-anak dok mandi laut. Mr. Hubby kelihatan duduk bersembang dengan seorang Pak Cik yang dok rendam kaki di dalam pasir. Baru lepas baik kena stroke. Sementara aku duduk berbual dengan Makcik (isteri Pak Cik tadi). Orang Melaka. Seronoklah berbual dengan orang Melaka. Mereka mesra gitew. Anak menantu dan cucu mereka dok mandi laut jugak. So, adalah teman nak berborak. Terima kasih Mak Cik. Siap ajak ke rumahnya di Jasin, Melaka. Hihi.

So nak dijadikan cerita, sebelum nak balik ke bilik, gatallah nak berposing di tepian pantai. Bila Adib dah siap ambik gambar I, dia beri hand phone kat I. So bila dia berjalan nak mandi lagi, terlanggar my tangan. Jatuhla my toy tu.

Sedih!

Mujur ada hand phone Oppo Find 7 Mr. Hubby. So, guna hand phone ni until now.

Dinner kami order aje. Ada dapat contact number dari menantu Mak Cik tadi. So settle hal dinner.

Ikan Bakar sedap uols! Dinner gini dia caj RM100++.

Till then. Bye for now!

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...