Tuesday, December 23, 2014

Klinik Zulkarnain, Temerloh

Assalamualaikum...

I batuk teruk. Dekat sebulan flu & batuk. Puncanya terkena air hujan sewaktu keluar rumah. Sudah sekian lama menderita, barulah tergerak hati mahu berjumpa doktor. Degillah sangatkan?

I ke Klinik Zulkarnain yang terletak di Jalan Bahagia, Temerloh pada 14.10.2014. Kenal Doktor Zul sejak zaman I anak dara lagi. Office kami panel dengan Klinik Sulaiman dulu.

I dah cuba makan ubat, beli di farmasi. Tetap tak menjadi. Kena berjumpa doktor juga once you dah tak sihat. Don't ever forget that!

Bukan nak kata Doktor Zulkarnain yang sembuhkan sakit I, but Alhamdulillah. I sihat sejurus habis makan ubat-ubat ni.

Syukur Alhamdulillah. Sihat sehingga ke hari ini. Allah beri rezeki tidak berhenti-henti.

Sihat. Gemuk ya ampun la ni!

Akob Patin House, Kuantan

Assalamualaikum...

13.10.2014

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Akob Patin House di Indera Mahkota, Kuantan untuk membeli lauk for lunch. Siap tapau lauk, kami segera pulang ke rumah.

Masak nasi dan makan Gulai Patin Tempoyak. Yummeh!

Hotel Seasons View, Kuantan

Assalamualaikum...

13.10.2014

Breakfast & check out time. Jumpa kamu lagi Seasons View Hotel!

Budget hotel yang serasi dengan kami. Dekat jer dengan Kuantan Parade tu. Jalan kaki pun sampai. Belakang hotel jer. Dekat juga dengan Akob Patin House. Satu baris bangunan hotel. Sedap bila uols pekena Gulai Ikan Patin Buah Masak Tempoyak kat situ.

Mengancam! Yum yum...

Monday, December 22, 2014

Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur, Kuantan

Assalamualaikum...

12.10.2014

Untuk kesekian kali, kami decide untuk dinner di sini, Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur, Kuantan. Perut dah ready, makanya sessi makan-makan semakin seronok dan teruja sekali! Hihi...

Puas hati setiap kali kami dinner di sini. Rasa lauk-pauk semua awesome! Memang restoran wajib singgah tatkala berkunjung ke Kuantan.

Siapa yang belum pernah pergi? Trylah sekali. Teringat-ingat sehingga kini. Hebat-hebat rasa, Ana Petai cukup rasa!

Pembuka selera, Puding Raja & Roti Kastard. Yummilicious! 
Nasi Goreng Cina untuk Honey. Tomyam Campur. 
Butter Prawn. 
Ketam Black Pepper. Superb yummilicious! 
Sotong Celup Tepung. 
Ikan Siakap Stim. Terbaek kau! Marvellous! Marvellous!

Tak percaya sedap? Datang dan cuba sendiri uols! Tapi kalau tak sedap pada skala uols, iols tak tanggung eh? Hiks!

Kula Cakes, Jalan Besar, Kuantan

Assalamualaikum...

12.10.2014

For the first time, I datang sini setelah melihat sekeping gambar yang diupload oleh seorang teman di Facebook berdekatan basikal tua ini. Wow! What a cool place guys! Best kalau duduk lepak petang-petang minum Kopi 'O' Panas dan sepotong Kek Chocolate. Awesone baq hang!

Pasal apalah I know nothing about this place before?! Padahal sokmo g Kuantan tu kot?

Haish!

Tak banyak kek yang tinggal masa I pergi ni. Mula-mula I pergi ambil gambar di luar cafe, around 7.00 p.m, tup-tup bila nak masuk beli kek, staff depa kata datang lagi 1 jam. Oh! Tutup untuk depa bersolat Maghrib. Bagus sungguhkan?

So, after dinner di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, yang terletak di Tg. Lumpur, Kuantan, kami terus singgah membeli kek di cafe ini.

And yes! Rasa kek memang sangat-sangat sedap. Samada Red Velvet Cake, Chocolate Cake, Cheese Cake & Iced Coffee, boleh repeat datang lagi.

Next story: Dinner di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur, Kuantan.

Wednesday, December 17, 2014

Habeb Cafe, Kuantan

Assalamualaikum...

12.10.2014

First time datang makan di Restoran Habeb Cafe yang terletak di Tanah Putih, Kuantan ni. Sedap rasa Nasi Arabnya. Boleh repeat datang lagi.

Yummilicious!

Saturday, December 13, 2014

Main Masak-Masak

Assalamualaikum...

Main masak-masak katanya! Ini aje pun di antara menu yang I boleh masak. Kira bolehlah 'lepas' makan anak-beranak. Hiks! Tak pandai mana. Tak expert langsung pun bab masak-memasak ni.

Asal rajin je. Nak ke rajin masuk ke dapur tu.

Haip! Tak mo macam tu! No! No! No! 

Hihihi...

Ikan Kembung Goreng. 
Ketam Masam Manis. 
Sardine Croissants dan Spaghetti Goreng. 
Ayam Masak Kicap. 
Sayur Kobis Goreng. 
Ayam Masak Halia. 
Ikan Bawal Emas Goreng. 
Keropok Lekor. Mr. Hubby beli di Kuantan. 
Ikan Bawal Emas Bakar. 
Sayur Campur. 
Kari Ayam. 
Sotong Celup Tepung. 
Sambal Sotong. 
Sambal Sotong again!
Keropok Lekor.
Ikan Siakap Masak Stim. 
Roti Telur. 
Telur Goreng & Telur Masak Kicap. 
Nasi Goreng. 
Keropok Lekor.
Ikan Singgang & Sotong Celup Tepung. 
Nasi Goreng. 
Mee Goreng. 
Kuey Teow Goreng & Ayam Goreng. 
Ketam Masak Black Pepper.
Ayam Goreng. 
Macaroni Carbonara. Requested by cikgu dan kawan-kawan Nur. Bawak g rombongan sekolah ke Kuala Lumpur.
Baked Macaroni. 
Ikan Siakap Masak Stim. 
Tom Yam Ayam. 
Sotong Celup Tepung. Kakak I yang gorengkan. 
Telur Dadar, Ikan & Udang ni my mom yang tolong gorengkan. Masa ni sebahagian adik-beradik berkumpul di rumah.
Kuey Teow Goreng. Disediakan oleh adik ipar I. 
Telur Goreng ni my kakak yang masak. Yummilicious! 
Sayur Campur ni my sil yang masakkan. 
Ayam Goreng by Ayamas. 
Ikan Siakap Bakar. 
Cekodok ni my mom yang buat dan goreng.
Cekodok ni pulak I tambah letak Kentang. Lagi mari rasanya!
Macaroni Carbonara. 
Nasi Goreng. 
Mee Goreng. 
Sambal Ayam.
Mee Hoon Goreng Singapore. 
Mee Hoon Goreng. Karipap tu Mr. Hubby beli di Pasar Malam. Frozen. I gorengkan saja. Sedap! Boleh repeat beli lagi nanti!
Mee Goreng. 
Budu tu Budu! Hihihi...
Sotong Celup Tepung. Paling lembut gebu-gebas yang pernah I rasa. My daughter Nur yang prepare A-Z. I cuma gorengkan saja. Bukan nak memuji tetapi memang rasanya so so yummy! 
Sup Ikan Merah. 
Kuih Pau Goreng Frozen. Mr. Hubby beli di Pasar Malam juga. Sedap! Boleh repeat beli lagi nanti! 
Kuey Teow Goreng. 
Ayam Goreng. 
Ayam Masak Lemak Cili Api. 
Sambal Udang.
Ada Pisang dan Daun Salad jugak! 
Ikan Bawal Emas Masak Kicap. Anak-anak suka sangat!
Ayam Goreng. Guna tepung serbaguna. Rasa macam Ayam KFC tau! Sedap!
Ikan Bawal Emas Masak Kicap. I ulang masak lagi. I guna Kicap Pekat Jalen. Sedap!

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...