Honey nak main layang-layang. So abah belikan untuknya. |
Pantai di hadapan Warung Pok Nong. |
Honey nak main layang-layang. So abah belikan untuknya. |
Pantai di hadapan Warung Pok Nong. |
Assalamualaikum...
Day 2 at Pulau Redang
15.3.2015
Selepas breakfast yang amat sedap dan mengenyangkan, kami buat jungle trekking pula. Berjalan dalam 30 minit dan kami berhenti rehat seketika untuk mandi laut dan bermain pasir. Dalam setengah jam kemudian, kami sambung buat jungle trekking. Mr. Hubby mendukung Honey so perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 30 minit berlanjutan ke 45 minit. Seronok sangat buat jungle trekking ni korang! Nak-nak bila keluar daripada hutan dan bertemu air laut membiru begini. Cukup berpuas hati even berjalan di tengah terik matahari untuk ke Laguna Redang. Nak lunch.
Banyak pilihan makanan. Semua sesedap rasa. Kami duduk relax bersantai di tepian pantai kemudiannya. Oh! I'm in heaven! Ya Allah! Seronok benar dapat bercuti di sini! Thank you so much Mr. Hubby!
Pulang ke hotel, kami menaiki boat pula. Kena caj RM150 pula untuk boat dan van untuk dihantar ke hotel. Balik ke hotel, bilik sudah siap dikemaskan.
Selepas mandi dan bersolat jamak Asar dan Zohor, kami berehat di dalam bilik. Sekitar jam 6.00 petang, Mr. Hubby and I berjalan-jalan di pantai. Tak ramai orang dah masa ni. Suasana damai dan tenang sesangat!
Kami keluar berjalan kaki untuk dinner di kedai makan yang terletak berhadapan hotel. Sedap semua rasa makanannya. Campur nasi bungkus untuk Adib, harganya RM130++.
Penat mental dan fizikal. Namun puas hati dan berbaloi-baloi rasanya! Thanks Mr. Hubby for the treat!
Gambar terlalu banyak. I pilih-pilih aje untuk entry ini. Korang jikalau berpeluang, diberi ruang, go jelajah Pulau Redang. Awesome ngat baq hang!
Assalamualaikum, Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...