Tuesday, October 31, 2017

Operation Theatre, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Abang akan dibedah untuk kali ke 3 pada malam ini. Ini adalah kerana tekanan darah terlalu tinggi di bahagian otak. Doktor akan cuba membuka beberapa cm lagi tempurung kepalanya supaya tekanan darah menurun. Pemberian ubat sudah tidak dapat untuk menyokong abang lagi. Peluang yang diberi doktor adalah sebanyak 50/50. Pembedahan mungkin mengambil masa selama 3 ke 4 jam nanti.

Abe, tolonglah kuat Abe. Tolong kuat dan pulih semula. Insya Allah. Allah tolong Abe. Semoga dipermudahkan segala urusan pembedahan abang sebentar lagi. Allah.

Mohon doa berterusan dari kalian.

Terima kasih.

Monday, October 30, 2017

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Sedikit update abang untuk hari ini.

Abang telah selamat dibedah pada pukul 4.00 petang tadi. Kami dibenarkan untuk masuk ke dalam intensive care unit (ICU) secara bergilir-gilir dalam tempoh yang singkat.

Allah. Abe. Wati sampai tak boleh nak cam betul ke itu tadi abe. For a few seconds, kaki ini bagaikan dipaku ke lantai. Kaku terus and i can't move at all! Tengok bahagian janggut tu dah memang janggut abang dah. Tetapi wajah itu. Sampaikan Wati macam orang bodoh bertanyakan nurse yang sedang bertugas. "Yusram? Iya Yusram."

Allah. Abe yus.

Abe, Wati datang ni. Abang kuat semangat okay? Abe cepat-cepat sembuh ya? Kami semua doakan Abe cepat sihat. Lepas tu Wati cium tangan kanan abang.

Dah. Itu aje. Terus berlari keluar dari situ. Tak sanggup dah nak menunggu lagi. Air mata dah macam air terjun. Nak meraung terus pekup mulut kuat-kuat. Adik, Eidi dan anak, Adib, turut sama berlari. Berkejar nak mendapatkan kakak dan ummi dia ni.

Tempurung kepala abang telah dikeluarkan di dalam proses pembedahan tadi dan akan disimpan oleh pihak hospital dahulu. Ianya tidak boleh dimasukkan terus kerana otak abang sedang membengkak. Doktor memberi tempoh di antara 6 sehingga ke 7 bulan untuk proses memasukkan semula tempurung kepala abang. Bergantung kepada kesihatan abang nanti. For your information, tempurung kepala hanya boleh disimpan selama 1 tahun sahaja.

Tiub akan dimasukkan melalui urat peha sampai ke otak bagi tujuan menyedut darah keluar. Dari atas tidak boleh disedut sebab otak abang sudah bengkak.

Doktor tidak cuba untuk menyedarkan abang dalam masa terdekat ini. Beliau tidak dapat memberikan sebarang jaminan berapa peratuskah peluang yang abang ada untuk pulih kembali. Tetapi melalui sains dan teknologi, harapan abang adalah sangat tipis. Tetapi semua ini kuasa tuhan.

Allah. Bertabahlah Abe. Abe kuat okay? Insya Allah Abe sembuh semula nanti. Abe kena kuat. Kena sedar. Kena bangun demi kami semua yang setia menanti ni. Makcik dah janji nak bawak pak teh pergi Tasik Banding kan? Kita pergi memancing nanti okay Abe? Abe kena cepat-cepat sihatlah iya?

Mohon doa semua iya? Doakanlah abang sembuh kembali. Sihat seperti sediakala. Seperti seorang Yusram Yusof yang kalian kenali selama ini.

Terima kasih.

Operation Theatre, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Abang akan dibedah pada pukul 9.30 pagi ini. Doktor menyatakan pembedahan akan selesai pada pukul 3.00 ke 4.00 petang nanti. Jika tiada sebarang komplikasi. Insya Allah. Keadaan abang sekarang tidak stabil kerana bergantung sepenuhnya dengan ubat.

Mohon doa semua iya?

Terima kasih.

Sunday, October 29, 2017

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Alhamdulillah dimaklumkan, abang selamat dibedah pada petang tadi. Pembedahan bermula pada pukul 3.30 petang sehingga abang dibawa keluar dari operation theatre pada pukul 5.50 petang. Seterusnya abang dibawa ke Intensive Care Unit untuk rawatan lanjut. Setelah menunggu selama 1 jam, barulah kami berpeluang untuk masuk bertemu dengan abang secara bergilir-gilir.

Syukur Alhamdulillah, abang memberi tindak balas kepada kami adik-beradik apabila bercakap dan bersentuhan. Walau di dalam dada serasa mahu pecah dibuatnya apabila melihatkan abang terbaring dengan wayar sarat berselirat di tubuh dan kepalanya begitu, kami semua tidak menangis sebab mahu abang turut kuat. Mahu beri semangat kepada abang.

Doktor menyatakan tiada sebarang komplikasi yang berlaku sepanjang tempoh pembedahan. Namun demikian, abang akan menjalani satu lagi pembedahan yang lebih besar pada hari esok. Kami masih belum tahu waktunya. Pihak hospital akan memaklumkan kepada kami semula nanti.

Mohon doa berterusan dari kalian iya? Terima kasih banyak-banyak.

Wad Neurosurgeri 1 (7B) Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Abang Yusram Yusof sedang menjalani pembedahan sekarang. Setelah lama menunggu sejak awal pagi tadi. Alhamdulillah. Permudahkanlah Ya Allah.

Kami sekeluarga dengan rendah hati memohon doa semua iya? Semoga abang selamat menghadapi waktu sukar sebegini. Tiada daya kami untuk menolong abang lagi. Hanya doa yang mampu diberi sebagai pengganti diri.

Terima kasih buat yang sudi mendoakan abang. Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian itu nanti.

Abang, tolong terus kuat demi kami. Abang yang penyayang, baik hati  dan hebat budi pekerti.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي

Wad Neurosurgeri 1 (7B) Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Abang telah dipindahkan ke Wad Neurosurgeri​ 1 (7B). Pengsan pada pukul 2.00 pagi tadi. Abang mula tidak sihat sejak Maghrib semalam. Sakit di bahagian kepala dan pinggang. Sekarang bernafas melalui intubator kerana masalah pernafasan. Abang dikomakan dan baru selesai discan.

Mohon doa semua.

Terima kasih.

*update 6.47am

abang akan menjalani pembedahan pada hari ini untuk membuang darah yang telah pun merebak ke dalam cairan otak. Pembedahan akan mengambil masa selama 1 jam nanti. Insya Allah jika tiada sebarang komplikasi.

*update 9.49am

Abang sedang menunggu giliran untuk dibedah kerana ada pesakit lain di dalam operation theatre​. Kepala abang akan didrill untuk memasukkan tiub supaya boleh disambungkan kepada machine untuk menyedut darah yang ada di dalam saluran darah yang telah berlaku blockage. Sebelum pengsan tadi, doktor memberitahu, beliau mendengar abang mengaji Al-Quran. Semasa di dalam proses untuk membuatkan abang koma, kami membaca ayat² suci Al-Quran, membisik kata-kata semangat di telinganya, air mata abang mengalir keluar. Tangannya cuba untuk menggapai. Mulutnya bagai mahu berkata-kata. Abang mendengar barangkali. 3 bekas morphine atau ubat tidur digunakan untuk membuat abang koma. Itu pun setelah kakak ipar menasihati abang supaya jangan melawan. Abang jangan melawan iya? Doktor nak suruh abang tidur supaya abang tidak fikir yang bukan-bukan.

Allah saja yang tahu perasaan kami detik jam 3 pagi tadi. Allahu. Lemah rasa dibuatnya. Air mata laju mengalir keluar namun cepat-cepat sedarkan diri. Jangan lemah di hadapan abang. Kami perlu kuatkan diri untuk melihat abang pulih kembali.

Untuk pengetahuan kalian, Wad Neurosurgeri 1 ini merupakan semi ICU. Cuma 2 orang pelawat sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.

Melalui kakak ipar, sepanjang ditahan hospital, abang meminta nombor telefon sahabat-sahabat lamanya. Bukan mahu menyusahkan mereka untuk datang melawat abang. Tetapi untuk meminta maaf kepada mereka. Allahu.

Mohon doa semua iya? doakan abang wati sedar dan sembuh kembali. Terima kasih.

Friday, October 27, 2017

Adik Abang

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Cik Wati tak menangis langsung jumpa abang hari ini. Sebab nampak abang sihat molek. Boleh senyum, boleh berbual as usual. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah. Apa-apa pun, abang tetap akan dibedah pada hari Isnin nanti. Keep praying for him ya? Terima kasih banyak-banyak di atas kiriman doa-doa kalian. Kami sekeluarga amat menghargainya.

Hospital Sungai Buloh, Selangor

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Kakak Ipar baru sahaja menelefon Cik Wati dan memaklumkan bahawa abang akan dibedah pada hari Isnin, 30.10.2017. 

Semoga abang kuatkan semangat. Lawan segala rasa sakit yang ditanggung dan bangkit kembali. Abang jangan menyerah kalah dahulu. Kami tahu abang kuat orangnya. Semoga abang terus kekal tabah.

Mohon jasa baik kalian semua mendoakan semoga abang selamat menjalani pembedahan ini dan sembuh semula. Please pray for him. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian itu.

Terima kasih.

Wednesday, October 25, 2017

Mohon Doa Semua

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

WhatsApp cik wati dengan kakak ipar. Allahu. Mohon lagi jasa baik kalian doakan abang supaya cepat² sembuh. Terima kasih.

May Allah SWT ease your pain and grant you the strength to get through whatever hardships you're going through abe.

Kakak ipar pun tak berapa sihat juga tu. Gagahkan diri juga menjaga suaminya. Masih trauma kerana ayahnya baru saja meninggal dunia pada 8.10.2017 yang lalu setelah hampir 2 tahun mereka menjaga arwah yang sakit kanser di rumah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka sekeluarga. Aamin.

(update 3:00 petang)

Abang Yus sekarang masih berada di ward 4B, katil nombor 15. Betul-betul di hadapan counter nurse. Belum berpindah ke ward neurology. Kakak ipar baru maklumkan tadi ramai kawan² abang yang datang melawat. Terima kasih banyak-banyak kepada kalian yang bersusah payah sudi datang melawat abang. Cik Wati sangat-sangat menghargainya.

(update 5.20 petang)

Baru naik tingkat 7C bed 16. Terima kasih.

(update 9.40 malam)

[10/25, 8:53 PM] Yusram Yusof: Sudah tukar wad 7C, bed 12
[10/25, 9:11 PM] Yusram Yusof: Tungu pagi esok nak kena buat ct scan lagi

Kakak ipar beritahu, saudara dan sahabat abang tak putus- putus datang melawat. Sahabat yang dah dekat 10 tahun tak jumpa pun, datang dengan hanya menaiki motosikal bersama anak dari Batu Gajah, Perak. Allah. Mulia sungguh hatimu sahabat. Sahabat semasa susah sukar benar untuk dicari sekarang. Bertuahlah abang Cik Wati punya sahabat sebaik kalian. Terima kasih diucapkan bagi pihak keluarga kami.

[10/25, 9:52 AM] ruziawati yusof: Assalamualaikum kak. Akak dah makan ke? Abe macammana harini. Doktor cakap apa² tak
[10/25, 10:14 AM] Yusram Yusof: waalaikumusalam
[10/25, 10:14 AM] Yusram Yusof: Dh mkn
[10/25, 10:15 AM] ruziawati yusof: Kesian akak penat
[10/25, 10:15 AM] Yusram Yusof: Result ct scan ptg smlm dh ada pendarahan kt dlm
[10/25, 10:15 AM] ruziawati yusof: Wati minta maaf sebab pergi melawat sekejap semalam
[10/25, 10:16 AM] ruziawati yusof: Abang yus sedar ke tak tu kak
[10/25, 10:16 AM] Yusram Yusof: Tgu doc dtg nk pindah wad neuro
[10/25, 10:17 AM] Yusram Yusof: Doakan ayus ye
[10/25, 10:17 AM] Yusram Yusof: Xpe wati semua jauh
[10/25, 10:17 AM] ruziawati yusof: Ye kak. Semua keluarga dgn kawan² doakan abe
[10/25, 10:17 AM] ruziawati yusof: Ada yg kata nak pergi melawat nanti
[10/25, 10:17 AM] Yusram Yusof: Sedar tp duk sakit
[10/25, 10:18 AM] Yusram Yusof: Ada ramai yg nk dtg
[10/25, 10:18 AM] ruziawati yusof: Dah bagi ke ubat susut bengkak tu kak
[10/25, 10:18 AM] ruziawati yusof: Kawan² dgn saudara kata nak pergi melawat abe
[10/25, 10:18 AM] Yusram Yusof: Blom kemungkinan besar kena operate
[10/25, 10:19 AM] ruziawati yusof: Allah
[10/25, 10:19 AM] Yusram Yusof: Pagi tadi doc baru ckp
[10/25, 10:19 AM] ruziawati yusof: Bila nak operate tu kak. Bob ada kes dekat court harini. Pastu pergi Pekan dengan Kuantan. Kerja.
[10/25, 10:20 AM] Yusram Yusof: Tgu dh tkar wàd bru doc proses
[10/25, 10:21 AM] Yusram Yusof: Xpe settle keje dulu akak blh jaga
[10/25, 10:21 AM] ruziawati yusof: Akak sabar banyak² ye. Terima kasih sebab jagakan abang wati
[10/25, 10:21 AM] Yusram Yusof: Akak sayang abg sangat2
[10/25, 10:21 AM] ruziawati yusof: I love you kak
[10/25, 10:22 AM] Yusram Yusof: Love u too

Tuesday, October 24, 2017

Hospital Sungai Buloh, Selangor

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎


Dear families and friends,

Cik Wati mohon doa semua ya. Minta doakan abang Cik Wati, Yusram Yusof pulih semula seperti biasa. Selepas pemeriksaan MRI tadi, doktor maklumkan ada bengkak di saluran darah kepalanya. Jika, setelah diberi ubat untuk susutkan bengkak tidak juga berhasil, abang akan dibedah. Kesan daripada bengkak tersebut, mata abang di sebelah kanan telah tertutup. Mata sebelah kiri pula redup memandang kami adik-beradik dan mak yang datang melawat. Senyuman tak lekang dari bibir abang pun. Namun kadang-kala air matanya keluar juga membasahi pipi.

Abang kelihatan sangat-sangat lemah kerana tidak punya selera untuk makan. Semalam cuma makan sekeping roti dan hari ini abang kena berpuasa. Cik Wati tak mampu nak buat apa-apa pun selain daripada menangis. Sambil tunduk duduk di tepi katil memegang tangan abang yang sejuk membeku tadi. Abang membalas dengan menggenggam tangan adiknya seerat yang mungkin.

Cik Wati tanya, "sakit ke Abe?" Abang mengangguk. Lemah. Cik Wati pesan supaya abang kuat. "Abang fight rasa sakit tu okay? Insya Allah abang sembuh kembali. Allah sayangkan abang. Sebab tu Allah uji abang macam ni sekali. Ingat dekat Allah. Jangan lupa Allah." Cik Wati cuba beri nasihat biar pun berjuraian air mata ni keluar. Mata dah merah dan bengkak.

Abang jawab, "abang redha".

Allahu.

Doakan ya? Semoga dipermudahkan segala urusan abang selama warded di hospital ini. Semoga abang cepat-cepat sembuh. Kakak ipar yang menjaga abang selama warded di hospital ini. Ayah mertua abang baru saja meninggal dunia kerana sakit kanser pada 8.10.2017. Abang dan kakak ipar yang menjaga arwah selama 2 tahun ini di rumahnya. Secara bergilir-gilir juga dengan adik-beradik yang lain.

Terima kasih banyak-banyak. Di atas kiriman doa-doa kalian. Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian nanti.

Sunday, October 15, 2017

Sanah Helwah Adik

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Eidi,
سنة حلوة
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah. ''Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan''.

Kakak sayang adik kakak ni banyak-banyak tau. Always珞

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...