Shopping tudung jenis ni kat Jalan TAR tadi. Semuanya 20 helai. Nak pakai sendiri, bukan nak buat niaga tau! T selesa pakai tudung brand ni. Yang penting tudung bahagian depan labuh, menutup dada! :-D Tq my darling, belikan tudung-tudung ni untuk I!
Amri terdiam mendengar kata-kata yang terpancul daripada mulutku. Suasana bungkam seketika. Aku dapat merasakan getaran yang bergelodak di jiwanya. Ya Allah!! Kuatkanlah semangat hamba-Mu untuk menghadapi keadaan ini. Aku berdoa di dalam hati. Dan, di saat kakiku melangkah pergi, Amri menyeru namaku, "Shafika, Abang tahu Abang bersalah. Tapi berilah Abang peluang untuk membetulkan kesalahan yang telah Abang lakukan ini". Dia merayu lagi. Sama seperti setiap kali dia cuba memujukku. "Tidak Abang, Fika telah banyak beri peluang untuk Abang membetulkan kesalahan Abang. Bukan kali ini saja. Sudah banyak kali Fika bersabar dengan karenah Abang. Fika sudah muak dengan rayuan Abang. Kali ini keputusan Fika nekad. Kita putus saja dan jangan Abang cari Fika lagi. Fika dah serik Abang!! Maafkan Fika. Fika pergi dulu". Dan aku tanpa rasa bersalah dan ragu-ragu, melangkah pergi meninggalkan bakal suamiku itu tanpa menoleh lagi kepadanya. Ku dengar suara Amri terus memanggil. Ku biarkan saja suaranya tenggelam dek deruan kereta yang ku pandu laju. Selaju denyutan jantungku yang tidak keruan memikirkan masa hadapanku tanpa Amri lagi di sisi.
Shafika menggeliat malas. Dia menggosok-gosok matanya yang masih kabur itu. Matanya memandang ke siling. Kosong. Sekosong hatinya setelah meninggalkan Amri semalam. Lelaki yang telah memusnahkan hati dan perasaannya. Lelaki yang telah membuatnya merasa cukup terhina. Lelaki yang argh!!... Buat apa lagi aku memikirkan tentang dirinya?? Yang lalu biarkanlah berlalu. Apa yang patut aku lakukan sekarang ialah cuba melupakan Amri, kenangan bersamanya dan memulangkan semula cincin pertunangan kami yang termeterai tiga bulan yang lalu.
Tujuh tahun bukan tempoh masa yang singkat untuk pasangan yang bercinta. Selama itu jugalah aku yang selalu mengalah dan bersabar di dalam segala hal. Sedangkan Amri, lelaki itu, hanya berpura-pura menyintaiku. Tidak ku sangka kasih yang disemai, mati disirami racun berbisa teman karibku sendiri, Tina. Sungguh kejamnya dia!! Cuba merampas cinta Amri daripadaku. Tina yang ku kenali sejak di bangku sekolah lagi sanggup menikamku dari belakang. Dan Amri, tanpa memikirkan hati dan perasaanku, membuat hubungan sulit bersama Tina hingga dia mengandungkan anak luar nikah. Tina kini hamil dua bulan!!
Allah mungkin ingin menguji setabah mana hamba-Nya ini. Aku terpaksa memutuskan ikatan pertunangan ini supaya Amri boleh bertanggujawab ke atas Tina dengan apa yang telah mereka berdua lakukan. Aku serik untuk bercinta lagi. Pedih ku rasakan bila cinta suciku didustai oleh insan yang benar-benar aku sayangi dan harap-harapkan untuk menjadi pasangan hidupku hingga ke akhir hayat. Entahlah. Mungkin ada rahmat di sebaliknya. Bila Cinta Didusta.
Bila cinta didusta Hati mula gelisah Hilang kekasih hati Hidup jadi merana Insan jadi idaman Kini dimilik orang Cinta yang diimpikan Putus di tengah jalan Terpaksa mengalah Mengapa menyinta Andainya tak setia Tak usahlah bercinta Jika hanya berpura Bila hati dah jemu Mula berpaling tadah Tak pernah difikirkan Orang yang ditinggalkan Terseksa, sayu.. pilu Oh merayu-rayu Oh ingin kembali Oh meratap sayu Tidak mungkin orang simpati Menoleh pun tak sudi Andainya ditakdirkan Cintamu didustai Pastinya kau mengerti Seksanya perpisahan Hanyalah ditemani sesalan
** ini adalah coretan t.. seingat t, t menulisnya pada tahun 1999.. tak ada kena mengena dengan diri t.. idea terus datang bila dok dengar lagu bila cinta didusta ni.. pikir jalan cerita dan inilah dia.. t memang suka menulis.. dulu t rajin hantar ke akhbar mingguan berkenaan sajak, pantun, puisi.. lama-lama semangat menulis tu dah hilang.. rasa nak menulis pun diabaikan saja sebab siapalah t untuk menulis... tak ada pendidikan yang tinggi.. setakat menulis yang merapu gini ajelah.. :-* **
Kali ke dua datang makan kat sini Restoran Al-Rawsha di Jalan Ampang Sangat-sangat sedap Sekali! Tengoklah nasi dalam pinggan tu Memang sedap tapi tak berhabis makan sebab Banyak sangat nasinya!