Assalamualaikum...
14.3.2015
Ingat nak naik ferry pukul 9.00 pagi, tapi dinasihatkan oleh staff hotel supaya menaiki ferry at 10.30 pagi. Sebab ferry pertama tidak berhenti terus di tempat penginapan kami, iaitu di The Taaras Beach Resort & Spa. Kena naik boat lain bagai pulak. So, kami ke Pasar Payang dahulu. Beli makanan untuk kami anak-beranak. Nasi Dagang ter. Kuih-muih lagi. Alahai! Rasa nak beli semua! Semua ok? Sedak blako teh!
Tunggu punya tunggu, sampai jugak ferry kami. Lewat 1/2 jam dari waktu yang dijadualkan. Siot je kami dok menunggu. Sabar ajelah! Dengan tempat menunggu yang sesak. Aish!
Dan yeah, selama satu jam perjalanan, kami pun tiba di Pulau Redang. Ada van persis si Alphard telah sedia menanti kami. Perjalanan dari jeti ke Hotel Taaras Beach Resort & Spa lebih kurang 20 minit menaiki van tersebut.
Berehat sebentar di lobi. Dijamu air dan towel basah sejuk untuk mengelap muka. Waaaa... So refreshing! Wangi jew bau face towel tu. Rasa tak mau pulangkan balik kat depa ja. Hihi.
Settle hal check in, harga bilik, garden view di atas bukit around RM700 per night. Kami dibawa ke bilik hotel dengan menaiki buggy. Puas hati dengan bilik. Spacious! Kamar mandinya juga. Gambar tidak ada ye? Lantaran hand phone Samsung Note 3 ku jatuh ke dalam air laut.
Selepas makan foods yang dibeli di Pasar Payang, bersolat jamak Zohor dan Asar, kami ke pantai dan kolam renang. Waaaaa! Cantik sangat pantainya korang! Private beach gitew! Allah! Kagum yang amat! Rasa nak menangis pun ada sebab view maha cantik. In heaven sero. Anak-anak pun seronok dok mandi kolam. Sebab mereka aje dok mandi di pool tu. Mana tak heavenkan? Pool pun cantik jew. Googlelah. Aku pasti korang akan terpesona sama. Terkesima gitew. Hihi.
Daripada dok mandi di kolam, kemudian, ke pantai untuk mandi laut pula. Aku dok kat bawah teduhan kerusi kayu je. Temankan Honey main pasir yang halus memutih itu. Anak-anak dok mandi laut. Mr. Hubby kelihatan duduk bersembang dengan seorang Pak Cik yang dok rendam kaki di dalam pasir. Baru lepas baik kena stroke. Sementara aku duduk berbual dengan Makcik (isteri Pak Cik tadi). Orang Melaka. Seronoklah berbual dengan orang Melaka. Mereka mesra gitew. Anak menantu dan cucu mereka dok mandi laut jugak. So, adalah teman nak berborak. Terima kasih Mak Cik. Siap ajak ke rumahnya di Jasin, Melaka. Hihi.
So nak dijadikan cerita, sebelum nak balik ke bilik, gatallah nak berposing di tepian pantai. Bila Adib dah siap ambik gambar I, dia beri hand phone kat I. So bila dia berjalan nak mandi lagi, terlanggar my tangan. Jatuhla my toy tu.
Sedih!
Mujur ada hand phone Oppo Find 7 Mr. Hubby. So, guna hand phone ni until now.
Dinner kami order aje. Ada dapat contact number dari menantu Mak Cik tadi. So settle hal dinner.
Ikan Bakar sedap uols! Dinner gini dia caj RM100++.
Till then. Bye for now!





