Friday, May 29, 2015

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...

Day 3 at Pulau Redang

16.3.2015

Bangun bersolat Subuh dan kemudiannya keluar berjalan kaki ke lobi untuk bersarapan di cafe hotel. Segar terasa menghirup udara di sini. After makan-makan yang best super sedap delicious,  ha gitu! dan ditemani ketua chef yang sangat friendly di sini, (beliau yang suggest supaya pergi buat jungle trekking semalam), kami berjalan-jalan di sekitar resort untuk mengambil gambar buat terakhir kali. Eh! Hopefully, boley datang ke sini lagi one fine day. Hihihi...

Ha, ni baru ada gambar pool yang jelas berbanding entry semalam. Seronok je melayan bebudak ni dok bermandi-manda. Orang tak ramai so apa lagi? Ini kolam kami yang punyalah!

Masuk ke bilik, berkemas kain baju (actually tak nak balik lagi, haha!), kami pun ke lobi dengan menaiki buggy. Selepas urusan daftar keluar selesai, kami dihantar ke jeti dengan menaiki sebuah van. Tiba di jeti, kami singgah untuk lunch di sebuah kedai makan. Kedai "Orang Kelantan". Paper Kosmo suka benar sebut perkataan ini, (tangan di dada, mata ke atas). Actually baru dapat tahu, penduduk asal di Pulau Redang ialah Orang Kelantan. Mereka yang mula -mula meneroka tempat ini. Tiga buah kedai makan yang kami order makanan selama berada di sini ialah kepunyaan mereka. Berhubungan saudara-mara belaka. Akan tetapi semua resort ialah kepunyaan orang Cina. I tak racist ye? Cuma nak bagitahu saja. Kalau tinggal di area Laguna Redang, semua dapur chalet dan hotel milik Chinese. Kecuali menurut local, Redang Lagoon. Kalau menginap di The Taaras Beach Resort & Spa tidak perlu bimbang kerana Ketua Chef dan staff-staffnya beragama  Islam dan banyak terdapat kedai makan.

Pilihan di tangan anda!

Selesai makan nasi, (tengoklah nasi dan lauk pauk di dalam pinggan tu) yang enak di sini, kami ke kedai souvenirs di sebelah untuk membeli sedikit buah tangan.

Perjalanan untuk sampai ke Kuala Terengganu mengambil masa hampir 2 jam kerana keadaan ferry yang sudah uzur. Alhamdulillah. Selamat tiba di Kuala Terengganu semula.

Sehingga ke hari ini, masih terbayang-bayang keindahan di Pulau Redang. Terasa seperti mimpi dapat bercuti di sana. Resort paling "win" so far yang pernah I jejak. The best. Ever!

Dengan ini, saya Ruziawati Yusof check out from Pulau Redang, Terengganu.

Ceyyyyyy!

No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...