Skip to main content

Intensive Care Unit, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Wati baru sahaja menerima panggilan telefon dari Kakak Ipar, Kak Shikin @ Aziah Bakri di Hospital Sungai Buloh. Kak Shikin telah memaklumkan bahawa sel otak Abang di sebelah kanan sudah mati. Sudah kena stroke. Mata di sebelah kanan dari level 3, naik ke 4. Sekarang sudah level 8. Doktor memaklumkan harapan untuk mata di sebelah kanan pulih semula seperti sediakala amatlah tipis. Ini adalah kerana anak matanya yang semakin lama semakin membesar.

Doktor akan memantau dahulu keadaan Abang untuk 2 ke 3 hari ini di dalam Intensive Care Unit (ICU). Sebab Abang masih belum sedar sepenuhnya sejak dihentikan bantuan pernafasan pada 2 hari yang lepas. Matanya kadang-kala terbuka dan berkelip, menggigit-gigit gigi, tangannya pula boleh menggenggam sedikit tetapi tidak boleh diangkat tinggi. Jika dipanggil namanya, abang tidak memberikan sebarang tindak balas. Abang akan membuka atau menutup matanya sesuka hati sahaja. Seperti berada dalam dunianya sendiri sahaja. Cerita kakak Ipar lagi. Allah!

Doktor memaklumkan juga bahawa harapan untuk Abang pulih semula memanglah agak tipis. Apabila tiba masanya, doktor akan meminta Kakak Ipar membawa Abang balik dan menjaganya di rumah. Katil (seperti di hospital) sudah sedia ada di rumah abang. Ini adalah kerana sebelum ini abang menjaga ayah mertuanya yang sakit kanser di rumahnya hampir 2 tahun lepas. Ayah mertua Abang baru sahaja meninggal dunia pada 8.10.2017 yang lalu. Abang mula rasa sakit kepala pada 10.10.2017 dan berlarutan kisahnya sehingga ke hari ini.

Doktor akan mengajarkan Kakak Ipar bagaimana cara membancuh susu atau membuang kahak menggunakan suction pump. Kakak Ipar sudah punya pengalaman ini kerana telah menjaga arwah ayahnya sebelum ini. Jika tidak dibuangkan kahak, Abang akan lemas kerana sudah tidak boleh menelan seperti sediakala.

Allah. Allah. Allah.

Tiada daya upaya kami. Semuanya kena kuat nak menghadapi Abang nanti. Tidak boleh nak bersedih dan menangis di hadapan Abang. Doktor beritahu semuanya atas Abang sekarang. Untuk sedar dan bangkit semula.

Abe, kuatkanlah semangat Abe tu! Lawanlah! Sedarlah Abe. Bangunlah Abe. Kami semua tunggu Abe bangun ni. Abe janganlah lupakan kami. Kami ada aje ni. Tunggu Abe bangun. Isteri dan anak-anak Abe duduk bertunggu tangga dekat hospital tu sejak Abang warded lagi tau? Abe tak kesian dekat Kak Shikin, Along, Aliya dengan Amer ke? Tak ada rasa kesian dekat kami ke Abe? Dah lama benar Abe tidur tu. Bangun-bangunlah Abe. Kata nak pergi memancing dekat Tasik Banding? Kan? Makcik dah janji dengan Pak Teh kan before operation hari tu? Abe lupa dah ke? Ke nak pergi Tasik Kenyir? Boleh. Makcik boleh je bawak Abe. Janji Abe sedar semula aje. Okay deh Abe? Janji. Janji Abe sedar dan bangun semula deh? Nak pergi jalan mana-mana pun Makcik bawak. Takde hal pun. Janji Abe bangun, Abe sihat semula.

Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...
15.9.2014
Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.
Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.
Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.
Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma y…

SAVE BABY TAQHIF

Assalamualaikum...

Mohon share dan bantuan tuan puan yang budiman. Baby Taqhif merupakan bayi yang berusia 9 hari dan anak kepada my friend, Sariza Omar. Beliau memerlukan RM50K ASAP untuk membiayai operasi pembedahan kerana komplikasi jantung yang dialami oleh anaknya. Facebook beliau, Chik Eiza dan page Taqhif, Save Baby Taqhif.
Doakan Baby Taqhif sembuh dan dapat membesar dengan sihat. Pertolongan dan bantuan yang tuan puan berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Saya tidak mendapat sebarang faedah di dalam perkara ini. Niat cuma membantu kawan sahaja. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik tuan puan sekalian.
Terima kasih.
Eiza & suami, bertabahlah. Be strong for Baby Taqhif. Ini ujian Allah kepada kalian berdua. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya Allah, Allah akan menyelamatkan Baby Taqhif.