Monday, April 28, 2014

The Legend, Cherating

Assalamualaikum...

12.4.2014

Kami tiba di The Legend, Cherating sekitar jam 3.00 petang. Selesai urusan check in by Mr. Hubby, kami menuju ke bilik masing-masing. Empat bilik disewa seperti pada malam semalam di Hotel M.S Garden, Kuantan.

Berehat di bilik, siap bersolat jamak Zohor dan Asar, kami turun ke bawah untuk mandi kolam dan bermain air di pantai. Kelihatan ramai orang yang turut mandi bersama di dalam kolam mahu pun yang bersantai di tepian pantai. Kolam yang luas dan bersih semestinya mengundang rasa untuk bermandi-mandi. Hampir sejam mandi di kolam, kami ke pantai pula. Melayan anak-anak bermain pasir. Pasirnya sangat putih dan halus. Rehat dan santai. Tiada yang seindahnya.

Tak perlu lebih banyak bicara. Gambar-gambar membuktikan kata-kata.

Asyik bukan?


No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...