Friday, August 15, 2014

Tanjung Demong Beach Resort, Kuala Besut, Besut, Terengganu

Assalamualaikum...

1.8.2014. 5 Syawal 1435H.

Kami berjalan-jalan di pantai sesudah bersarapan di cafe hotel. Lepas tu lepak makan-makan pula di tepi pantai. I minta my Bil tolong belikan foods untuk yang belum pergi breakfast. Mr.Hubby dok jaga Honey mandi di pantai juga di kolam renang.

Sudah mandi (I tak mandi uols!), kami balik ke bilik masing-masing dan bersiap-siap untuk check out bilik pula.

Sebelum berpisah, kami bersalam-salaman memohon ampun dan maaf buat kesekian kalinya. Ada rezeki dan umur yang panjang, kita pasti bertemu lagi. Insya Allah iya The Ismailians?
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan untuk pulang. Singgah di Kemaman untuk berhari raya di rumah saudara Mr. Hubby. Dihidangkan kami Spaghetti Bolognese yang sungguh enak sekali rasanya. Tak pernah I rasa Spaghetti Bolognese sesedap itu uols! Sayang. Tidak mengambil gambar bersama Kak Ma dan anak-anak daranya yang comey lotey itu. Next time. Ya. Next time.


No comments:

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...