Wednesday, October 15, 2014

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...

15.9.2014

Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.

Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.

Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.

Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma yang ralat bilik kami tidak menghadap ke pantai or sea view. Lain kali okay? Next time kita datang, kita booking bilik yang ada sea view. Ada sea view tau! Sea view! Ahaks!

Mesti awesome!

Klana Beach Resort, Port Dickson. 
Bilik kami. Booking via booking.com saja. 
Honey jadi model Ummi. Hihi.
Bilik kecil saja. Tak besar mana pun. 
Bilik air di dalam bilik kami.
Kan? Macam yang I bagitahu. Cantikkan? 
View pantai dari kolam renang. 
Actually, kolam yang di sebelah sini untuk orang lelaki sahaja. Untuk ladies pula mandi di kolam yang sebelah sana. Mereka asingkan jantina untuk bermandi-manda. Tapi bila ada kaum bapaks yang temankan anak mereka mandi di kolam kanak-kanak, mereka tetap boleh nampak ladies yang sedang mandi di sebelah sana.
Nak turun ke pantai pula! 
Kena turun tangga ini untuk ke pantai. 
Waaa! Cantik!
Bangunan di atas tu ialah Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson. 
View Klana Beach Resort dari pantai.
Jom kita mandi laut pula ye anak-anak!
Honey busy bermain permainan pasir.
Dah nak senja. View semakin cantik dan kian menarik.
Suka sangat I tengok gambar ni. Tenang je rasa di jiwa.
Sudah naik semula ke atas tangga. Masuk ke bilik, mandi. Bersolat jamak Maghrib dan Isyak, dan kemudian bersiap untuk pergi dinner. 

7 comments:

miesha said...

cantiknyer pemandangan dari kolam renang tu : )
seronok tengok anak2 happy bila dapat mandi kolam : )

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

owhh... ada pun gambar kolam renang... hehehe.. mmg best lah kat sini ye T...

Norma NML said...

bestnya..mcm nk pegi je kt sini

Norma NML said...

bestnya..mcm nk pegi je kt sini

Norma NML said...

bestnya..mcm nk pegi je kt sini

Unknown said...

Ade tempat makan yg berpatuta tak

Unknown said...

Insya Allah 4/12 nanti, saya ke sana

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...