Abe sekarang suka main gigit² bibir iya? Dah macam bibir si Angelina Jolie dah tau Wati tengok tadi ha! Bengkaknya sangat lahai😢. (Sebenarnya Abe kejang. So dok gigit² bibir dia tu sampai berdarah²) Kakak Ipar bagitahu, semalam bengkaknya lebih teruk lagi juga dengan darah yang tak berhenti² menitis. Kami tak dapat nak pergi melawat semalam sebab suami Wati kurang sihat). Bahagian kepala di sebelah kanan sudah nampak sangat ketara kemiknya tu. (Bahagian yang telah dibuangkan tempurung kepalanya before). Di sebelah kiri kepala Abe nampak normal. Cumanya ada tiub yang ditebuk di bahagian atas kepala bagi tujuan mengeluarkan air. So far, air yang dikeluarkan dari kepala sudah berwarna jernih. Sebelum ini airnya bercampur dengan darah. Biar pun Abe cuma memberikan tindak balas dengan hanya mengelip-ngelipkan sebelah matanya sahaja, wati puas hati dapat cium pipi Abe berkali² tadi. (Kakak Ipar bagitahu semalam Abe tak tidur. Dengan matanya terbuka. Dengan kaki dok bergerak tergedik² camtu ha😅. Sebelum tu Abe tidur aje 2 hari. Puas dok gerak tak mahunya dia bangun²) Tunggu adik dia ni datang kot, tapi sampai sudah tak datang² melawat. Sorry Abe. Semalam Bob sakit gigi. Lepas makan kenduri kahwin ex staff Bob, memang plan nak pergi melawat Abe, tapi Bob sakit gigi sampai terus pergi cari dentist nak ambil ubat tahan sakit. Balik rumah Bob terus tidur aje. Hari ni Bob rasa dah sihat, terus ajak wife dia pergi melawat Abe 😊). Puas benar rasa hati dapat bertemu muka dengan Abe. Biar pun sekejapan cuma.
Nanti Wati datang melawat Abe lagi deh? Wati sayang ko abe banyok² tau? I love you Abe😘 Bertuah sungguh Abe dapat isteri yang setia dok menjaga selama Abe sakit ini. Allah. Abe kuatkan semangat iya? InshaAllah Abe pulih semula nanti.
InshaAllah Abe 🤗. Kami semua mendoakan Abe sihat kembali.
No comments:
Post a Comment