Monday, December 25, 2017

I Love You Selalu

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Dear families and friends,

Macamana keadaan Yus sekarang ni? 
Apa khabar Yusram sekarang?

Seringkali aku ditanya soalan sedemikian. Tidak tahu bagaimana cara yang tepat untuk menjelaskannya. Untuk menjawab semua pertanyaan kalian. Adakah Abang sudah cukup sihat jika bila mana dia hanya mampu terbaring diam begitu? Terkadang tangan dan kalinya bergerak. Kadangnya tidak. Abang tidak mampu untuk bercakap. Untuk menelan pun sudah tiada daya dan upaya. Tiub disambungkan melalui hidungnya untuk diberikan makanan. Cuma susu semata. Kahak dan air liur disedut melalui lubang yang ditebuk di leher Abang. Kakak Ipar sudah mahir benar untuk melakukan proses ini kerana pernah berbuat yang sama semasa menjaga arwah ayahnya yang sakit kanser selama hampir 2 tahun sebelum ini di rumahnya. Kesan lekuk kerana tempurung kepalanya yang dikeluarkan sebahagiannya sebelum ini sudah semakin ketara kemiknya. Sekarang Abang sedang on antibiotic dalam tempoh sebulan ini. Sudah tiada tempat untuk dicucukkan jarum. Urat sudah keras. Aku tak pasti apa term untuk procedure ini. Bertahan dan bertabahlah Abe. Allah sayangkan Abe. Sebab itu Allah uji Abe begini. Abe sabar deh Abe? 
Kelmarin kakak Ipar bilang, dia membiarkan sahaja Abang menyemburkan air liurnya. Kerana melalui perbuatan itu, Kakak boleh mendengar sedikit bunyi. Rindu katanya mahu mendengar suara Abang. Allahu! Sebak dada aku mendengarkannya. Kakak pernah menjelaskan sebelum ini kepada kami, semoga Allah menetapkan iman mereka sekeluarga untuk terus setia menjaga Abang. Murni sungguh hatimu Kakak! Allah sahaja yang mampu membalas budi di atas jasa Kakak menjaga Abang selama ditimpa sakit begini. Di saat kami adik-beradik tidak berupaya melawat Abang setiap hari di hospital, Kakak sentiasa ada untuk bersama Abang. Membersihkan badannya hatta menukarkan lampin pakai buangnya! Setiap kali melawat Abang, aku takkan lepaskan peluang untuk mengelus dan mencium tangannya, dahi dan pipinya. Tubuh Abang berbau wangi dan segar kerana Kakak sentiasa menjaganya dengan rapi. Memakaikan Abang dengan bedak dan menyapukan losyen untuk terus kekal bersih dan suci. Mengurut dan membuat senaman tangan dan kaki, membilas muka Abang dengan air Zam-Zam dan Yassin sambil tenang membaca ayat-ayat Al-Quran nan indah berseri.

Besar sekali budimu Kakak. Walau Kakak bukannya sihat benar keadaan fizikalnya, namun Kakak kuat demi suami dan anak-anak. Tubuh badannya sudah susut benar. Namun dalam kalangan kami, Kakaklah yang paling kuat dan sabar. Semoga Allah senantiasa memberkati hidupmu Kakak.

Terima kasih banyak-banyak kerana terus setia menjaga Abang tanpa culas. Pesakit-pesakit di sekitar katil Abang sering sahaja bertukar silih berganti. Namun Abang masih juga terbaring di situ. Semoganya nanti Abang kembali sembuh seperti sediakala. InshaAllah. Kelmarin, apabila aku memaklumkan Abang akan kedatanganku dan keluarga juga kehadiran adik-beradik Kak Shikin yang datang melawat bersama, Abang mencuba untuk bercakap dengan menggigit giginya sambil  mengangkat bahunya untuk bangun. Apabila mata Abang kelihatannya laju melilau ke sana dan ke mari, aku lantas bertanya, 
"Abe cari siapa? Kak Shikin ada aje duduk sebelah kanan Abe tu" (kebetulan pada waktu itu guard tidak bertugas sebab sudah di akhir waktu melawat. Jadi kami boleh masuk ke dalam wad secara serentak. Ada bersama juga ketika itu adalah anak-anak dara kami. Jika tidak, hanya seorang pelawat sahaja dibenarkan melawat Abang pada satu-satu masa. Kak Shikin tidak boleh menunggu di wad ini dan hanya boleh melawat dalam waktu lawatan sahaja. Wad Neurosurgeri merupakan separa ICU juga kecuali katil pesakit yang terletak di hadapan pintu yang boleh menerima ramai pelawat pada satu-satu masa).
Pantas sahaja mata Abang bergerak ke arah sebelah kanan. Cari isteri dia rupa-rupanya ha! Kak Shikin ada Abe. InshaAllah. InshaAllah. Abe jangan risau. Setiap kali habis sahaja waktu melawat, Kakak akan bersalam sambil mencium tangan Abang. Memohon maaf sebelum bergerak untuk keluar dari wad. Luruh jantung aku mendengarkannya di setiap kali itu! Semoga Kakak terus sihat dan tabah. Sabar menerima ujian yang Allah beri ini. Kami sudah tidak mampu untuk menangis. Bagaikan sudah tidak punya air mata untuk ditangiskan. Cuba untuk tidak berbuat sedemikian bila berhadapan sesama kami. Harapannya supaya masing-masing terus kuat. Apabila kaki melangkah masuk ke dalam wad, emosi kami automatically terus sahaja bertukar. Tidak boleh nak bersedih atau memuramkan suasana. Kami sepakat duduk mengusik Abang jika sekiranya dia membuat muka, memuncungkan bibir dan apa sahaja gerak laku serta reaksinya untuk membahannya. Sebab tak nak rasa stress camtu. Just relax and happy- happy duduk berbual santai dengan Abang. No air mata and no sedih-sedih okay? Kena kuatkan semangat juga demi perasaan Abang. Kami cuba sebaik yang mungkin. Walau ia hanya perlakuan yang pura-pura semata. Walau di sebaliknya hati kami hancur berderai melihatkan Abang sebegitu kini. Cuma Allah sahaja yang tahu. Apa perasaan yang terbuku di kalbu. Yang bergelodak di dalam itu. Sarat dan tidak menentu. Menanggung segala pedihnya di dalam sendu.
Terima kasih banyak-banyak juga di atas doa kalian yang dikirimkan selalu. Tanpa culas. Dan tanpa jemu. Sentiasa sahaja ada di situ.

Abe, kuatkan semangat Abe. Kami takkan pernah tinggalkan Abe. Walau Wati hanya mampu melawat Abe sekali dalam seminggu. Wati minta maaf banyak-banyak Abe. Tidak boleh saban hari untuk berada bersama Abe di saat-saat sukar Abe serupa ini. I love you Abe. Selalu. Dan selamanya akan kekal begitu.
Seharusnya terus kekal sebegitu.

Saturday, December 23, 2017

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

The paths change in life they are not the same
And rightly destiny is not to be blamed
But one thing is sure that the bond we share
Will never ever change in there
Coz I still love you the way you are
Coz you are still my life's shining star
My brother I love you a lot
And I miss being with you
And I miss your lovely thought!

Friday, December 22, 2017

Rindu

Missing you is something that comes in waves. And tonight I am just drowning😢

Syafakallah Abang 💞

Saturday, December 16, 2017

Wad Neurosurgeri 1 7(B), Hospital Sungai Buloh

Hangat tangan Abang membalas kembali genggaman tanganku. Kedua-dua belah kakinya kelihatan aktif bergerak-gerak tadi. Kedua-dua belah matanya terbuka seperti sediakala. Seperti sebelum Abang ditimpa sakit. Namun aku tidak pasti Abang mampu melihat aku yang datang atau pun tidak. Harapannya semoga Abang tahu. Abang sedar dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Adik serta keluarganya datang melawatnya hari ini.

Even though there have been many times when I’ve taken you for granted, I want you to know that a brother like you is what I’ve always wanted.

I love you Abe. Dulu. Kini dan untuk selama-lamanya.

Thursday, December 14, 2017

PT3 2017


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎


Congratulations anak Ummi! 8A for her PT3 2017 (Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Lisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris Lisan, Sejarah, Geografi, Arab & Pendidikan Islam) Syukur Alhamdulillah! Semoga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran Kakak Nur pada masa-masa yang akan datang juga. Berjaya di dunia dan di akhirat sana. InshaAllah. InshaAllah.

I love you my sweetheart 😘. Thank you sayang.

Yang paling Ummi tak tahan bila mendengarkan permintaan Kakak Nur as a present ialah, nak makan Ikan Singgang dan Lidah Goreng dekat Kg. Baru, Kuala Lumpur tu 😅. Boleh sangat-sangatlah lahai😂


Tuesday, December 12, 2017

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Kak Shikin: Abang, bukalah mata. Abang sedar tak Wati datang melawat Abang ni?

Abang: (membukakan matanya perlahan-lahan)

Kak Shikin: Kalau Abang tahu Wati datang cuba Abang kelipkan mata tu

Abang: (mengelip-ngelipkan matanya)

Kak Shikin: Abang kenal ke Wati ni siapa? Kalau Abang kenal Abang keliplah mata.

Abang: (mengelip-ngelipkan matanya sekali lagi)

Sama juga keadaannya apabila my kids, Adib & Nur masuk melawat. Mereka excited sangat-sangat bila Pak Teh dok kelip-kelip mata camtu. Nur cakap, "comel aje Pak Teh tadi Ummi!" Haish anak Ummi yang sorang ni! 😄

Abe, Wati pun happy sungguh tau Abe bagi tindak balas camtu. Semalam Wati datang Abang hanya membukakan sebelah matanya sahaja (yang tertutup sendiri before, sebelah kanan). Mata sebelah kiri pula asyik tertutup sahaja. Lepas tu tak bagi sebarang reaksi pun. Maybe Abang lemah sebab tidak diberikan makanan iaitu susu. Abang pun baru sahaja membuat CT scan sekali lagi sebentar tadi. Sebab doktor mahu mengenal pasti punca kenapa Abang mengalami sesak nafas dalam 2 ke 3 hari ini.

Stay strong Abe💪. I love you. Always. Forever. Wati sayang ko Abe banyak-banyak tau 😘. Don't you ever forget that.

Sunday, December 10, 2017

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Kesihatan Abang agak merosot sejak semalam. Perutnya tidak dapat menghadamkan susu sejak tiga hari yang lepas. Abang mengalami sesak nafas yang agak teruk dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen. Tekanan darah juga tinggi (160) dan akan membuat CT Scan untuk pemeriksaan paru-parunya pada bila-bila masa dari sekarang. Doktor pernah memberitahu kepada Kakak Ipar sebelum ini bahawa sekiranya blood pressure Abang semakin menaik, Abang sedang sakit. Kakak Ipar menyatakan kening Abang bercantum dan berkerut juga kedua-dua belah matanya terbuka luas dek kerana kesakitan. Alhamdulillah, bila Wati pergi melawat tadi, dada Abang sudah tidak berombak laju. Tidak lagi bernafas menggunakan bantuan machine. Abang cuma mampu membuka mata di sebelah kanan yang tertutup sebelum ini. Tangannya yang bengkak dan sembab kerana dimasuki air Wati elus perlahan. Pipinya yang semakin mencengkung wati cium bertalu-talu. Harapannya Abang sedar kehadiran kami adik-beradik yang datang melawatnya hampir saja setiap minggu. Semoganya nanti Abang terus-terusan tanpa berputus asa menguatkan semangatnya dan mencuba sedaya upaya untuk pulih kembali.

Allah! Kesiannya Abang menanggung sakit seorang diri macam tu. Dugaan yang sungguh berat buat Abang. Ujian yang Allah beri buat kami sekeluarga juga.

Mohon doa berterusan dari kalian iya? Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian mendoakan Abang selama ini.

Terima kasih banyak-banyak.

Abang Yus,

The clocks tick along, seasons keep changing, calendars flip over and the planets go round and round – but your position in my life is constant and forever. I love you my big brother. I love you. Always.

  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

Wednesday, December 06, 2017

Operation Theatre, Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Abang baru sahaja memasuki bilik bedah untuk procedure External Ventricular Drain (EVD).

  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)

Mohon doa berterusan dari kalian untuk Abang Yusram.

Terima kasih banyak-banyak.

Sunday, December 03, 2017

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Cik Wati rasa sangat-sangat happy hari ini. Abang sudah boleh menggenggam juga menarik tangan Cik Wati tadi tau? Semalam Abang tidak mampu untuk berbuat sedemikian rupa. Minggu lepas pun tidak. Mata Abang di sebelah kanan yang tertutup sebelum ini pun boleh dibuka separuh tadi. Apabila tiba giliran anak perempuan Cik Wati masuk melawat pula, dia berkata, "tadi Pak Teh angkat tangan Ummi. Pak Teh angkatlah tangan Nur ni pula". Terus aje Pak Teh angkatkan tangan dia ha! Seronok tau ada tindak balas begitu walau setakat itu sahaja pun.

Abang juga sudah boleh bernafas sendiri. Tidak lagi memakai alat bantuan pernafasan sejak enam hari yang lepas. Syukur, Alhamdulillah. Salah satu perubahan positif dari Abang 😍

Abe kuatkan semangat okay? Cepat² sembuh iya? Ramai yang doakan Abe pulih semula ni. Wati sayang Abe banyak-banyak tau! 😍 Rindu sangat² ni sebab lama benar doh tok dapak nok kecek denga Abe. I just want to hear your voice Abe.

Saturday, December 02, 2017

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

Abe, Wati balik dulu deh? Esok Wati datang melawat Abe lagi, okay? I love you Abe. You are the loveliest brother any one would ever had.

Friday, December 01, 2017

Junjungan Mulia by Al Mizan

Junjungan Mulia by Al Mizan


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul’awal yang cerah
Dua puluh April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


cik wati & the gang , standard 5
someday in 1990 at  Sekolah Kebangsaan Kuala Krau

Salam Maulidur Rasul 1439H

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Salam Maulidur Rasul 2017/1439H

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ

“Ya Allah berikanlah rahmat kepada Muhammad, hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada keluarga Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, hamba-Mu dan Rasul-Mu dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.”

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...