اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Dear families and friends,
Kesihatan Abang agak merosot sejak semalam. Perutnya tidak dapat menghadamkan susu sejak tiga hari yang lepas. Abang mengalami sesak nafas yang agak teruk dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen. Tekanan darah juga tinggi (160) dan akan membuat CT Scan untuk pemeriksaan paru-parunya pada bila-bila masa dari sekarang. Doktor pernah memberitahu kepada Kakak Ipar sebelum ini bahawa sekiranya blood pressure Abang semakin menaik, Abang sedang sakit. Kakak Ipar menyatakan kening Abang bercantum dan berkerut juga kedua-dua belah matanya terbuka luas dek kerana kesakitan. Alhamdulillah, bila Wati pergi melawat tadi, dada Abang sudah tidak berombak laju. Tidak lagi bernafas menggunakan bantuan machine. Abang cuma mampu membuka mata di sebelah kanan yang tertutup sebelum ini. Tangannya yang bengkak dan sembab kerana dimasuki air Wati elus perlahan. Pipinya yang semakin mencengkung wati cium bertalu-talu. Harapannya Abang sedar kehadiran kami adik-beradik yang datang melawatnya hampir saja setiap minggu. Semoganya nanti Abang terus-terusan tanpa berputus asa menguatkan semangatnya dan mencuba sedaya upaya untuk pulih kembali.
Allah! Kesiannya Abang menanggung sakit seorang diri macam tu. Dugaan yang sungguh berat buat Abang. Ujian yang Allah beri buat kami sekeluarga juga.
Mohon doa berterusan dari kalian iya? Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian mendoakan Abang selama ini.
Terima kasih banyak-banyak.
Abang Yus,
The clocks tick along, seasons keep changing, calendars flip over and the planets go round and round – but your position in my life is constant and forever. I love you my big brother. I love you. Always.
لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ
“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)
No comments:
Post a Comment