Selalunya Cik Wati lah yang berbaring dengan Mr. Hubby atas tilam tu sesambil menonton television. Atau duduk bersembang dengannya. Havana dah pandai nak take over pulak dah ha! Mula-mula dia duduk di tepi pintu. Lepas tu injak masuk sikit melepak duduk di tepi tilam. Eh! Bila Mr. Hubby biarkan, naik lemak dia ye naik duduk atas tilam pulak dah. Siap selpie dengan Mr. Hubby lagi. Dia hantar WhatsApp to me sebab kami semua duduk di tingkat atas dah malam tadi. Nak dekat pukul 11.00 malam camtu. Tak boleh biar lagu ni. Tak boleh jadi ni 😅. Bila Abang Adib nak pegang kepala dia, dia mengiau-ngiau sambil menepis tangan. Nak mencakar. Nak menggigit tangan Abang Adib. Buat muka seposen dia dekat kami. Buat derk aje camtu. Lagilah mengada-ngada bila Mr. Hubby dok belai² dia. Makinlah dia duduk menempel manja. Diam-diam ada hati nak caras Cik Wati iya?🙄 Berani awak eh?
Tak tahu bila dia nak bersalin tu. Perutnya sudah semakin membesar. Sendat dan ketat molek doh. Comel aje tengok dia gemuk camtu😅. Kalau berjalan, terkedek-kedek aje dia😂. Ikan Sardine atau Ikan Selayang sebanyak 6 ekor wajib dah tu setiap hari. Atau pun kami beri makan Ayam Goreng. Campur dengan nasi siap Cik Wati asingkan isi dan tulang lagi. Takut Havana tercekik pulak. Kesian kalau dia tercekik tulang gak.
Pantang orang buka pintu terus aje berlari masuk ke dalam rumah. Dah pandai naik tangga ke tingkat atas jugak. Duduk melepak dalam bilik Kakak Nur. Setiap kali Abang Adib nak bawa dia keluar rumah, terus dia baringkan badan di atas lantai. Buat beratkan badan bila orang angkat. Kalau pimpin bawa dia keluar rumah, kaki pun dia tak mahu angkat😂 So far tak pernah "kena kencing" dengannya lagi. Even "membuang" merata ceruk rumah. Tapi bau hadapan garaj rumah dah berbau badan dialah semata😒🙄.
Pejam celik dah dekat 2 bulan dah Havana bertunggu-tangga dekat rumah kami. Sejak pertama kali dia datang pada 22.12.2017 yang lepas. Kalau kucing dah nak bersalinkan, cemana eh tanda-tanda yang dia bagi? Cik Wati nervous ni😬
No comments:
Post a Comment