Di sini Cik Wati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa. Ramadan Kareem. Selamat menjalani ibadah berpuasa dan semoga ianya diterima oleh Allah SWT. Tahun lepas Cik Wati tidak dapat berpuasa kerana baru sedarkan diri di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan setelah dikomakan selama 10 hari semasa mengandungkan anak ke 4.
Cik Wati perkenalkan anak bongsu Cik Wati, baby covid @ anak bertuah Ummi, Manis Nafeesa. Manis dah berusia 9 bulan pun April ni. Sudah semakin melasak dan kerjanya asyik nak berdiri sahaja. Dah pandai meniarap, merangkak, nak acu-acu berdiri, berjalan memegang besi katil, nak memanjat kabinet tv, clingy with me and her Abah, suka menonton Super Simple Songs di YouTube. Tersenyum lebar ketawa mengekek menonton video-video tersebut. Makan Bubur Nasi yang Ummi masak, suka mengacau masa kami nak berbuka puasa, suka tidur hotel, tidur kena ada aircond. Suka naik kereta pergi jalan-jalan. So far, baby Manis dah sampai ke Kelantan, Terengganu, Kuantan, Melaka, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Selangor. Lambat buat susu dia mengamuk. Lambat suap Bubur Nasi dia marah. Suka makan apa je yang Ummi Abah suapkan. Banyak bercakap dah pandai panggil Ummi Abah. Suka berleter. Orang cakap atau tengah berbual dia menjawab, menyampuk hmmm.. hmmm... hmmm... Dah seberat 7.41kg. Berat dah Ummi nak dukung, nak mandikan dia. Kalau boleh tak nak dimandikan, nak cepat-cepat keluar dari sinki tu. Kadang nak tidur senang je, hisap ibu jari terus tertidur. Lately payah tidur malam sebab dia dah tidur waktu Maghrib. Kadang tak ada masalah tidur je dari pukul 12.00 tengah malam sampai ke pagi. Kadang berjaga sekali at 3 pagi nak menyusu. Begitulah. Tak menentu. Kadang Ummi tidur lena, kadangnya tidak. Tapi tak mengapalah, siang hari Ummi qada tidur dengan baby. Kadang tak tidur juga.
Baby covid Ummi. Anak yang cukup-cukup bertuah. Doktor Pakar O&G di HTAA beritahu, 4 kali X-ray dan sekali CT Scan, bukan calang-calang orang kalau baby tak kuat dah lama dah baby gugur. Allahuakhbar! Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri ini. Cik Wati tak minta lebih dari itu dah. Cukuplah punya tubuh badan dan mental yang sihat dan stabil. Keluarga yang bahagia. Anak-anak berjaya hidup di dunia dan di akhirat sana. Dan kemudian sama-sama menuju masuk ke dalam Syurga Firdausi Allah. Itu sahaja yang Cik Wati minta. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment