Friday, November 17, 2017

Wad Neurosurgeri 1 (7B), Hospital Sungai Buloh

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Dear families and friends,

Di antara tempoh masa selepas Abang selamat menjalani pembedahan, hari inilah Abang kelihatannya segar. Fresh! Nampak sihat daripada hari-hari yang sudah. Syukur, Alhamdulillah. Abang juga sudah beralih katil. Tidak lagi berada di hadapan kaunter nurse yang sedang bertugas. Namun Abang masih bernafas dengan menggunakan bantuan oksigen. Abang ditempatkan di tingkat 7, Ward Neurosurgeri 7B, bed 23.

Ada pada satu-satu masa, anak mata Abang tertancap kemas ke dalam anak mata Wati. Terus saja Wati bertanyakan Abang, "Abe nampak ni Wati datang?" Abang membalas dengan mengelipkan matanya. Allah. Tindak balas serupa itu pun sudah membuatkan adik Abang ini gembira. Tahu?

InshaAllah, Wati datang melawat Abe minggu depan pula okay? I'll never leave you alone Abe. I love you. Always 💋

Terima kasih banyak-banyak buat kalian yang sentiasa mendoakan Abang. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian ini. Terima kasih!

2 comments:

Ann Ishak said...

semoga dipermudahkan, diberi kesembuhan dengan cepat

ruziawati yusof said...

Thanks Ann😍

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...