There's so many things that life is, and no matter how many breakthroughs, trials will exist and we're going to get through it. Just be strong.
Abang sedar semasa Wati datang melawat tadi. Syukur, Alhamdulillah. Ini adalah kerana pada 2 hari yang lepas, Abang telah memasuki bilik bedah bagi tujuan menukarkan tiub di kepala (untuk membuang air di dalam kepalanya). Semalam dan pada hari ini, Abang demam pula. Tetapi keadaan Abang, duduk pejam dan celik mata macam tu sahajalah. Bila cakap, "Assalamualaikum Abe. Wati datang ni." Matanya terus membulat mencari arah suara adik dia ni ha! Tetapi tidak fokus memandang. Tidak tetap. Abang menghembus laju nafasnya melalui mulut. Apabila Wati memaklumkan kepada Abang, Amer (anak bongsu Abang) telah mendapat tittle the best student, Mumtaz for PSRA di sekolahnya, Abang cuba untuk mengangkat bahunya untuk bangun. Sambil mencelikkan mata di sebelah kiri dengan lebih luas (mata di sebelah kanan hanya separuh terbuka) Dengan hembusan nafasnya yang semakin bertambah laju. I guess itu sebagai tanda gembira. Mungkin. Barangkali. Allah!
Kedua-dua belah tangan abang tidak boleh bergerak tadi. Just terletak macam tu aje di atas peha. Wati ambil, pegang dan mengelusnya tanpa ada rasa ragu. Pipi Abang, Wati cium bertalu-talu. Tanpa sedikit pun ada rasa malu. (Kami memang beginilah tiap kali berjumpa pun. Selalunya selepas Wati mencium tangan Abang, Abang mencium tangan adik dia ni semula😅) Air mata sudah mula mahu mengalir. Okay hold on Wati! Jangan bagi Abang awak dengar awak tengah menangis. Okay. Boleh control dan minta izin Abang untuk keluar. Cuma seorang pelawat dibenarkan melawat Abang pada satu-satu masa. Okay. Dah pulangkan kad pelawat kepada pengawal yang bertugas, laju saja air mata ini mengalir keluar. Tak boleh nak tahan-tahan lagi dah! Pedih dan sebak di dalam dada bagaikan mahu pecah dibuatnya. Melihatkan Kakak Ipar yang tersenyum menunggu di pintu masuk ward, Wati termalu sendiri. Kakak Ipar sudah tak ada air mata untuk ditangiskan lagi. Kuatnya Kakak. Allah! Hampir 3 jam berada di hospital tadi, kami habiskan masa bersama dengan sebaik yang mungkin.
Abe kuatkan semangat iya? Kami semua ada aje ni ha. Mendoakan abang selalu. Untuk pulih semula seperti sediakala. InshaAllah. Terima kasih banyak-banyak buat kalian yang sentiasa ada di sisi sepanjang kami menghadapi ujian ini.
InshaAllah esok Wati pergi melawat Abe lagi deh? Sementara anak bujang Wati tak ada paper untuk SPM ni, bolehlah Wati datang melawat Abe.
I love you abe. Always. Abe tahu tak ni?🤗
No comments:
Post a Comment